Monday, December 24, 2012

Wahai hati,berhentilah bersedih.....

     Dalam meniti kehidupan seharian,adakalanya kita bersedih.Sedih adalah sifat semulajadi manusia maka janganlah hairan mengapa kita bersedih.Sedih adakalanya perlu......adakalanya tidak,tetapi janganlah kita biarkan sehingga diri kita dikuasai sedih.Anda perlu bersyukur kerana ALLAH telah memilih anda untuk mempunyai perasaan sedih kerana pada hari ini ada juga manusia yang tidak kenal erti sedih keran tidak mempunyai perasaantersebut.

      Saudara-saudari sekalian,sesungguhnya sedih itu merupakan satu didikan khas yang diberikan oleh ALLAH S.W.T.Dengan sebab sedih itulah pada waktu sekarang ini kita teringat akan tuhan.Namun,janganlah kita membiarkan sedih ini sehingga ia berjaya menguasai diri kita dan membelenggu diri kita sehingga kita menjadi hamba kepada perasaan.

      Nabi S.A.W telah mengajar kita satuu doa yang baik,doa ini boleh dijadikan sebagai amalan kita.Doanya,"Ya ALLAH,aku berlindung kepada-Mu daripada sifat sedih dan dukacita.Aku berlindung kepada-Mu daripada sifat lemah dan malas.Dan aku berlindung kepada-Mu daripada sifat penakut dan juga bakhil.Dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan tekanan manusia."Demikianlah doa yang telah diajarkan oleh Nabi Muhammad S.A.W.

       Ada beberapa faktor yang membuatkan manusia bersedih.Antaranya ialah sedih dalam mencari sesuatu.Saudara-saudariku,di dalam kehidupan kita yang luas ini apa yang kita cari???harta?anak?isteri?hiburan? Sudah pastilah jawapannya berbagai-bagai.Tidak kiralah apa pun yang kita cari dalam kehidupan ini,ia pasti akan membawa kita kepada sedih jika tidak menemuinya.

       Saudara-saudariku,jika saya tanya kepada kalian apakah pencarian yang lebih besar daripada mencari Tuhan???Tidak ada pencarian yang lebih besar daripada itu.Pencarian harta juga tidak sama seperti pencarian Tuhan.Wahai saudara-saudariku bersyukurlah kerana dengan nikmat yang ALLAH limpahkan ini kita telah mengenali-Nya.

       Saudara-saudariku,di dalam dunia ini......ada juga yang bersedih kerana takut tak dapat.Takut tak dapat apa?Harta?Rumah?Rezeki?Macam-macam jawapannya.Janganlah risau kerana ALLAH berfirman di dalam kitab-Nya,"Orang beriman itu tenang hati mereka menyebut nama ALLAH.Tidakkah dengan menyebut nama ALLAH akan tenang hati",surah Al-Ra'du 13:28.Jika kalian risau maka sebutlah nama-nama ALLAH yang mulia.Berdoalah kepada-Nya,nescaya Dia akan perkenankan apa yang kamu minta.

         Ketahuilah wahai saudara-saudariku yang dikasihi,ALLAH sedang menguji kalian kerana dia sayang kepadamu.Janganlah takut ataupun risau jika kalian takut tak dapat kerana sesungguhnya rezeki itu datang daripada ALLAH.ALLAH berfirman,"Tidak ada sesuatu pun haiwan melata di bumi ini melainkan rezekinya di tangan ALLAH",surah Hud 11:6.Yakinlah dengan ALLAH wahai saudara-saudariku yang dikasihi,pasti hati kalian akan menjadi tenang.

          Saudara-saudariku sekalian,pada zaman yang serba moden serba kaya ini,saya tahu bahawa ramai di kalangan kalian selalu bersedih kerana kalian tidak mempunyai harta yang banyak.Janganlah sedih kerana Rasulullah S.A.W bersabda,"Pandanglah orang yang lebih rendah keandaannya daripada dirimu,itulah pendirianmu yang paling baik supaya kamu tidak jadi memperkecil nikmat ALLAH yang telah ada pada kamu."

           Jika kalian tidak ada tangan,maka lihatlah kepada orang yang tiada mata.Jika kalian ada harta yang sedikit maka lihatlah kepada orang yang tiada harta.Sesungguhnya setiap yang ALLAH tetapkan itu terdapat hikmah daripadanya.Contohnya,kalian tiada tangan...Alhamdulillah kalian tiada dosa dengan menggunakan tangan.Jika kalian tidak ada telefon bimbit,Alhamdulillah kerana kalian tiada dosa dengan menggunakan telefon bimibit.

           Maka bersyukurlah kepada ALLAH dan janganlah bersedih.(^_^)...........

No comments:

Post a Comment