Sunday, December 30, 2012

Kekuasaan Allah - Keadaan Masjid Ketika Tsunami Di Aceh 2004



Subhanallah, Video ini telah membuktikan betapa benarnya Agama Islam dan Allah melindungi Masjid sekurang-kurangnya sebanyak 27 di Aceh supaya tidak dibinasakan oleh Tsunami, betapa besarnya kuasa Allah....

Monday, December 24, 2012

Wahai hati,berhentilah bersedih.....

     Dalam meniti kehidupan seharian,adakalanya kita bersedih.Sedih adalah sifat semulajadi manusia maka janganlah hairan mengapa kita bersedih.Sedih adakalanya perlu......adakalanya tidak,tetapi janganlah kita biarkan sehingga diri kita dikuasai sedih.Anda perlu bersyukur kerana ALLAH telah memilih anda untuk mempunyai perasaan sedih kerana pada hari ini ada juga manusia yang tidak kenal erti sedih keran tidak mempunyai perasaantersebut.

      Saudara-saudari sekalian,sesungguhnya sedih itu merupakan satu didikan khas yang diberikan oleh ALLAH S.W.T.Dengan sebab sedih itulah pada waktu sekarang ini kita teringat akan tuhan.Namun,janganlah kita membiarkan sedih ini sehingga ia berjaya menguasai diri kita dan membelenggu diri kita sehingga kita menjadi hamba kepada perasaan.

      Nabi S.A.W telah mengajar kita satuu doa yang baik,doa ini boleh dijadikan sebagai amalan kita.Doanya,"Ya ALLAH,aku berlindung kepada-Mu daripada sifat sedih dan dukacita.Aku berlindung kepada-Mu daripada sifat lemah dan malas.Dan aku berlindung kepada-Mu daripada sifat penakut dan juga bakhil.Dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan tekanan manusia."Demikianlah doa yang telah diajarkan oleh Nabi Muhammad S.A.W.

       Ada beberapa faktor yang membuatkan manusia bersedih.Antaranya ialah sedih dalam mencari sesuatu.Saudara-saudariku,di dalam kehidupan kita yang luas ini apa yang kita cari???harta?anak?isteri?hiburan? Sudah pastilah jawapannya berbagai-bagai.Tidak kiralah apa pun yang kita cari dalam kehidupan ini,ia pasti akan membawa kita kepada sedih jika tidak menemuinya.

       Saudara-saudariku,jika saya tanya kepada kalian apakah pencarian yang lebih besar daripada mencari Tuhan???Tidak ada pencarian yang lebih besar daripada itu.Pencarian harta juga tidak sama seperti pencarian Tuhan.Wahai saudara-saudariku bersyukurlah kerana dengan nikmat yang ALLAH limpahkan ini kita telah mengenali-Nya.

       Saudara-saudariku,di dalam dunia ini......ada juga yang bersedih kerana takut tak dapat.Takut tak dapat apa?Harta?Rumah?Rezeki?Macam-macam jawapannya.Janganlah risau kerana ALLAH berfirman di dalam kitab-Nya,"Orang beriman itu tenang hati mereka menyebut nama ALLAH.Tidakkah dengan menyebut nama ALLAH akan tenang hati",surah Al-Ra'du 13:28.Jika kalian risau maka sebutlah nama-nama ALLAH yang mulia.Berdoalah kepada-Nya,nescaya Dia akan perkenankan apa yang kamu minta.

         Ketahuilah wahai saudara-saudariku yang dikasihi,ALLAH sedang menguji kalian kerana dia sayang kepadamu.Janganlah takut ataupun risau jika kalian takut tak dapat kerana sesungguhnya rezeki itu datang daripada ALLAH.ALLAH berfirman,"Tidak ada sesuatu pun haiwan melata di bumi ini melainkan rezekinya di tangan ALLAH",surah Hud 11:6.Yakinlah dengan ALLAH wahai saudara-saudariku yang dikasihi,pasti hati kalian akan menjadi tenang.

          Saudara-saudariku sekalian,pada zaman yang serba moden serba kaya ini,saya tahu bahawa ramai di kalangan kalian selalu bersedih kerana kalian tidak mempunyai harta yang banyak.Janganlah sedih kerana Rasulullah S.A.W bersabda,"Pandanglah orang yang lebih rendah keandaannya daripada dirimu,itulah pendirianmu yang paling baik supaya kamu tidak jadi memperkecil nikmat ALLAH yang telah ada pada kamu."

           Jika kalian tidak ada tangan,maka lihatlah kepada orang yang tiada mata.Jika kalian ada harta yang sedikit maka lihatlah kepada orang yang tiada harta.Sesungguhnya setiap yang ALLAH tetapkan itu terdapat hikmah daripadanya.Contohnya,kalian tiada tangan...Alhamdulillah kalian tiada dosa dengan menggunakan tangan.Jika kalian tidak ada telefon bimbit,Alhamdulillah kerana kalian tiada dosa dengan menggunakan telefon bimibit.

           Maka bersyukurlah kepada ALLAH dan janganlah bersedih.(^_^)...........

Saturday, December 22, 2012

Menangislah wahai mata.......

                                                Menangislah wahai mata.......sesungguhnya Nabi S.A.W pun menangis...............

Friday, December 21, 2012

Kisah Teladan : Berkat membaca Basmallah

       

        Ada seorang perempuan tua yang taat beragama, tetapi suaminya seorang yang fasik dan tidak mahu mengerjakan kewajipan agama dan tidak mahu berbuat kebaikan. Perempuan itu sentiasa membaca Bismillah setiap kali hendak bercakap dan setiap kali dia hendak memulakan sesuatu sentiasa didahului dengan Bismillah. Suaminya tidak suka dengan sikap isterinya dan sentiasa memperolok-olokkan isterinya. Suaminya berkata sambil mengejak, "Asyik Bismillah, Bismillah. Sekejap-sekejap Bismillah."

        Isterinya tidak berkata apa-apa sebaliknya dia berdoa kepada Allah s.w.t. supaya memberikan hidayah kepada suaminya. Suatu hari suaminya berkata : "Suatu hari nanti akan aku buat kamu kecewa dengan bacaan-bacaanmu itu."
Untuk membuat sesuatu yang memeranjatkan isterinya, dia memberikan wang yang banyak kepada isterinya dengan berkata, "Simpan duit ini." Isterinya mengambil duit itu dan menyimpan di tempat yang selamat, di samping itu suaminya telah melihat tempat yang disimpan oleh isterinya. Kemudian dengan senyap-senyap suaminya itu mengambil duit tersebut dan mencampakkan beg duit ke dalam perigi di belakang rumahnya.

       Setelah beberapa hari kemudian suaminya itu memanggil isterinya dan berkata, "Berikan padaku wang yang aku berikan kepada engkau dahulu untuk disimpan." Kemudian isterinya pergi ke tempat dia menyimpan duit itu dan diikuti oleh suaminya dengan berhati-hati dia menghampiri tempat dia menyimpan duit itu dia membuka dengan membaca, "Bismillahirrahmanirrahiim." Ketika itu Allah s.w.t. menghantar malaikat Jibrail A.S. untuk mengembalikan beg duit dan menyerahkan duit itu kepada suaminya kembali.

        Alangkah terperanjat suaminya, dia berasa bersalah dan mengaku segala perbuatannya kepada isterinya, ketika itu juga dia bertaubat dan mula mengerjakan perintah Allah s.w.t., dan dia juga membaca Bismillah apabila dia hendak memulakan sesuatu kerja.

Konsep Pahala Dan Dosa



5 hukum telah digariskan sebagai panduan : 

1. 1. Wajib
2. 2. Haram
3. 3. Sunat
4. 4. Makruh
5. 5. Harus (mubah)

A. Konsep pahala

Ganjaran baik yang di berikan oleh Allah s.w.t di hari akhirat kelak kepada mukmin yang
taat dan patuh kepada Allah s.w.t  serta melakukan amalan-amalan soleh.
Perkara atau amalan yang boleh mendatangkan pahala
1. Sentiasa melaksanakan perintah Allah s.w.t dan menjauhi larangannya
2. Memperbanyakkan melakukan ibadat-ibadat sunat selain  beristiqamah
    menunaikan ibadat yang fardhu
3. Berusaha memperbanyakkan amal kebajikan
4. Menjalin hubungan baik sesama manusia
5. Melakukan amar makruf nahi munkar

B.  Konsep dosa
- Balasan buruk yang di berikan oleh Allah s.w.t kepada hamba-nya yang tidak patuh
(ingkar) pada perintah Allah dan melanggar segala larangan-nya
- Allah menjadikan dosa adalah sebagai satu tanda keadilan-nya dan sebagai
peringatan terhadap hamba-nya di mana setiap perlakuan dosa itu akan
dipertanggung jawabkan seterusnya akan mendapat balasan sebagaimana yang
telah dijanjikan

i. Jenis-jenis dosa manusia
1. Meninggalkan apa yang disuruh dan   melakukan apa yang di larang
2. Dosa anggota dan hati
3. Dosa dalam bentuk maksiat dan bid’ah
4. Dosa yang tersebar kesannya dalam skop tempat
5. Dosa yang tersebar dalam skop masa
6. Dosa yang berkaitan dengan hak Allah dan hak manusia

ii. Kategori dosa

Dosa yang dilakukan oleh hamba terhadap tuhannya
- Dosa jenis ini biasanya dilakukan oleh manusia kerana  meninggalkan hak-hak
pencipta-nya yang meliputi segala suruhan dan larangan-nya.
- Dosa ini agak mudah dan lebih senang mendapat keampunan sekiranya
memenuhi kesempurnaan bertaubat.

Dosa yang dilakukan terhadap sesama makhluk
- Ianya berlaku apabila seseorang  itu tidak dapat menunaikan atau melanggar
hak-hak orang lain.
- Dosa ini lebih sukar dan berat untuk mendapat keampunan.

iii. Antara sifat buruk manusia yang mendorong melakukan dosa
1. Sifat ketuhanan dalam jiwa seperti riyak, suka dipuji dll
2. Sifat syaitaniyyah dalam jiwa sehingga menimbulkan sifat-sifat keji seperti hasad
dengki, suka menganiaya dll
3. Sifat kebinatangan dalam jiwa yang timbul dari hawa nafsu yang tidak terkawal
seperti sifat suka mementingkan diri, tamak dll

Wednesday, December 19, 2012

Rukun Iman Dan Rukun Islam


4:17 A.M., Wednesday, December 19, 2012


Rukun Islam terdapat 5 perkara manakala Rukun Iman terdapat 6 perkara iaitu:


5 RUKUN ISLAM

1. Mengucap dua kalimah syahadah.
2. Mendirikan solat.
3. Berpuasa di bulan Ramadhan.
4. Menunaikan zakat.
5. Menunaikan haji di Mekah bagi yang mampu.

6 RUKUN IMAN

1. Beriman dengan Allah SWT.
2. Beriman dengan para malaikat.
3. Beriman dengan kitab-kitab suci.
4. Beriman dengan para Rasul.
5. Beriman dengan Hari Akhirat.
6. Beriman dengan Qada' dan Qadar.

Tuesday, December 18, 2012

Senarai Nama-Nama Nabi Yang Disebut Dalam Bahasa Inggeris




Adam = Adam
Idris = Enoch
Nuh = Noah
Hud = Eber
Saleh = Shelah
Ibrahim = Abraham
Lut = Lot
Ismail = Ishmael
Ishak = Isaac
Yaakub = Jacob
Yusuf = Joseph
Aiyub = Job
Syuaib Jethro
Musa = Moses
Harun = Aaron
Zulkifli = Ezekiel
Daud = David
Sulaiman = Solomon
Ilyas = Elijah
Ilyasa' = Elisha
Yunus = Jonas
Zakaria = Zechariah
Yahya = John the Baptist
Isa = Jesus
Muhammad


Sunday, December 9, 2012

Kekuasaan Allah : Manusia Dijadikan Daripada Tanah Atau Pun Air Mani ???




MANUSIA DIJADIKAN DARIPADA TANAH ATAU PUN AIR MANI ???

Satu lagi soalan yang dijadikan hujah untuk menjatuhkan kredibiliti Al-Quran sebagai kitab yang benar adalah soalan di atas. 

Kita merujuk kepada firman Allah SWT di dalam surah Al-Furqan ayat 54: Mafhumnya:

Dan dialah Tuhan yang menciptakan manusia dari air

Di dalam surah Al-Haj pula, ayat ke 5:

Mafhumnya:

Hai manusia, jika kamu dalam keraguan tentang kebangkitan (dari kubur), maka (ketahuilah) sesungguhnya Kami telah menjadikan kamu dari tanah, kemudian dari setitis mani……(hingga akhir)

- JAWAPANNYA -


Pihak orientalis barat mendakwa bahawa percanggahan di atas adalah bukti bahawa Al-Quran mempunyai kesalahan. Justeru yang mana satukah yang benar? Adakah manusia diciptakan daripada tanah ataupun air benih (air mani). Justeru dalam meneliti ayat-ayat di atas, ayuh kita teruskan pencarian kita.

Kita merujuk buku Al-Quran Saintifik oleh Dr Danial Zainal Abidin, beliau menerangkan bahawa manusia dijadikan dalam dua penciptaan yang berbeza, iaitu penciptaan nabi Adam AS dan keturunan Adam AS. Menurutnya lagi, nabi Adam AS diciptakan daripada tanah. Hal ini kerana nabi Adam AS diciptakan oleh Allah SWT tanpa ibu juga ayah. Begitu jugalah dengan nabi Isa AS. Bukti yang menunjukkan bahawa nabi Adam AS diciptakan daripada tanah ialah satu hipotesis yang diketengahkan oleh DR A Graham Cairnssmith dari universiti Glasgow pada tahun 1985. malahan pada tahun 2003 pula, artikel “Clay’s Matchmaking Could Have Prarked Life”, yang dilaporkan di Newscients.Com News Sevice (Online) menyatakan bahawa dua komponen asas kehidupan ditemui dan kedua dua komponen itu mungkin bermula tanah liat. Hal ini membuktikan bahawa benar manusia diciptakan dari komponen komponen tanah. Menurut Syeikh Said Hawa pula di dalam Al Asas Fit Tafsir, syeikh menyatakan bahawa tanah di sini mungkin juga dimaksudkan dengan khasiat yang diperlukan untuk kesuburan manusia yang diperolehi melalui tanah iaitu dari tumbuh-tumbuhan, buah-buahan mahupun sayur-sayuran. Pandangan ini bersamaan dengan pandangan Prof Hamka di salam Tafsir Al Azhar.

Seterusnya manusia diciptakan dari air seperti yang dinyatakan di dalam surah Al-Furqan. Justeru memang benar manusia diciptakan dari air juga, tetapi siapa? Ini adalah merujuk kepada penciptaan keturunan nabi Adam AS. Jelas nyata bahawa penciptaan kita adalah berasal dari air yang terpancar seperti termaktub di dalam surah Al-Tariq ayat 5-7, surah ke 86 pada juzuk ke 30.

Hal ini telah diketahui umum bahawa kita diciptakan adalah hasil perhubungan ayah serta ibu kita. Kita ketahui bahawa ayah akan mengeluarkan air benih, air terpancar (sperma). Namun hakikatnya ibu juga akan mengeluarkan air yang terpancar yang terdapat di dalam benih yang bernama ovum.

Justeru jelaslah benar apa yang dinyatakan di dalam Al-Quran bahawa manusia diciptakan dari dua bentuk penciptaan yang berbeza berdasarkan perbezaan penciptaan iaitu penciptaan nabi Adam AS dan keturunan nabi Adam AS. Wallahu A’lam.

- Sesungguhnya Ilmu Yang Diberikan Ini , Di Pinjamkan Kepada Saya Untuk Saya dan Anda Semua Supaya Berfikir dan Terus Berfikir Tentang Kebesaran Allah -

Thursday, December 6, 2012

Syeikh Mahmud Syaltut

     Ulama dan pemikir Islam yang terkemuka dan berkaliber di peringkat antarabangsa dari Universiti Al-Azhar,Kaherah ialah Mahmud Syaltut.Beliau yakin bahawa pintu ijtihad tetap terbuka dan gigih memperjuang cita-cita pembaharuan Islam secara umumnya dan pembaikan Al-Azhar secara khususnya.Syaltut lahir pada 23 April 1892 di Maniyah,Bani Mansur,Itai al-Bairud,Bukhairah,Mesir.Ketika berusia 13 tahun,beliau telah menghafal Al-Quran dan pada usia 25 tahun,beliau tamat sebagai lulusan terbaik dalam bidang ilmu keislaman di Al-Azhar.Beliau seterusnya mengajar di sana.Beliau juga menulis karya dalam bidang syariat,tafsir,hadis dan bahasa arab yang menjadi namanya terkenal di seluruh dunia Islam.

     Pada 1937,Syaltut mewakili Al-Azhar dalam Kongres Antarabangsa tentang Undang-Undang di The Hague,Belanda.Ketika itu beliau menyajikan risalah ilmiah tentang undang-undang Islam.Alhamdulillah hasil daripada usaha beliau itu,kongres membuat kesimpulan bahawa syariat Islam ialah hukum yang berdiri sendiri        
dan layak dijadikan sumber perundangan bagi manusia untuk setiap zaman dan tempat.Beliau banyak menghabiskan masa untuk Institusi Al-Azhar.

     Sebagai ulama yang berpandangan jauh,beliau berusaha menentang kejumudan berfikir dan sikap fanatik bermazhab yang membawa kepada perpecahan di kalangan umat Islam.Beliau juga menentang pendapat bahawa ijtihad sudah tertutup.Beliau menyeru para ulama supaya bersedia melakukan ijtihad berdasarkan Al-Quran.

     Mahmud Syaltut banyak menghabiskan masanya untuk berbakti kepada Al-Azhar.Pada 1927,beliau dilantik sebagai pengajar peringkat takhassus(pakar).Rektor pada waktu itu ialah Syeikh Mustafa al-Maraghi.Beliau kerap kali menulis risalah yang menyokong program al-Maraghi bagi memajukan Al-Azhar.Namun ramai ulama di kalangan Al-Azhar tidak dapat menerima pandangannya.Akibatnya pada 1931 beliau disingkirkan dari Al-Azhar.Meskipun demikian,beliau terus melontarkan kritikan,baik secara lisan mahupun tulisan demi kebaikan Al-Azhar.Kemudian beliau dilantik semula sebagai pengajar Al-Azhar,bahkan sebagai Timbalan Dekan Fakulti Syariah.

     Pada 1958,beliau terpilih sebagai rektor yang ke-41 di Universiti Al-Azhar.Sebagai rektor,beliau berpeluang melaksanakan cita-cita dan pemikirannya.Pada 1960,beliau telah memindahkan Institut Pembacaan Al-Quran ke Masjid Al-Azhar untuk mengembalikan fungsi Al-Azhar ke kedudukan sebelumnya sebagai pusat kajian Al-Quran.Pada 1961,Syaltut mengeluarkan undang-undang baru (nombor 103) tentang pembaharuan Al-Azhar,terutama dari segi organisasi dan kokurikulumnya.Hal ini juga berkaitan dengan penubuhan fakulti baru (pertanian,kejuruteraan dan perubatan) untuk melengkapi fakulti yang sedia ada seperti syariah,usuluddin dan sastera.Melalui usaha ini,beliau berhasrat melaksanakan cita-citanya untuk melahirkan ulama yang bukan sahaja menguasai ilmu agama tetapi juga ilmu perubatan,matematik dan sebagainya.

     Inilah dia ulama pewaris Nabi yang perlu kita contohi.Inilah ulama yang membawa Islam yang Syumul.Marilah kita sedekahkan Al-Fatihah.................

Solat Sunat Hajat


3:15 AM, Thursday, December 06, 2012

Sebaik-baik waktu sembahyang hajat adalah pada waktu tengah malam. Ini bersesuaian dengan Sabda Rasulullah saw apabila di soal oleh Abu Zar al-Ghiffari r.a. yang ertinya : “Solat malam yang manakah lebih afdal? Jawap baginda : “Di waktu separuh malam atau jauh malam, tetapi sayangnya amat sedikit yang melakukannya”. Cara Sembahyang sunat Hajat berikut di ambil dari riwayat Wuhaib bin Ward;


1. Lafaz Niat: 

b496a9d9.jpg

Erti Niat : Sahaja aku sembahyang sunat hajat dua rakaat kerana Allah Ta’ala.


2. Takbiratul Ihram beserta niat.

3. Membaca Al Fatihah, ayat Kursi dan Surah Al-Ikhlaas di dalam rakaat yangpertama dan di dalam rakaat yang kedua.

4. Sesudah memberi salam, sebelum berubah tempat, sujud pula sekali serta membaca doa di bawah kemudian pohonlah hajat anda. Insya’Allah makbul. Jika solat 12 rakaat, sujud di luar solat ini di lakukan sesudah selesai 12 rakaat itu. Inilah doa yang di baca sewaktu bersujud;


602de98.jpg

Ertinya :
Maha Suci Tuhan yang memakai akan kemuliaan dan berfirman dengan dia. Maha Suci Tuhan yang bersifat dengan kebesaran dan kemurahan. Maha Suci Tuhan yang menghinggakan bilangan tiap-tiap sesuatu dengan ilmuNya. Maha Suci Tuhan yang sayogialah bertasbih selain untukNya. Maha Suci Tuhan yang mempunyai nikmat dan kurnia. Maha Suci Tuhan yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan. Maha suci Tuhan yang mempunyai kekuasaan. Aku bermohon kepada Engkau dengan segala tempat kemuliaan dari Arasymu, dengan rahmat yang setinggi-tingginya dari KitabMu, dengan namaMu Yang Maha Agung, kesungguhanMu Yang Maha Tinggi dan Kalimat-Kalimat yang sempurna, lagi melengkapi, yang tidak dilampaui oleh orang yang berbuat kebajikan dan yang berbuat kejahatan. Bahawa Engkau anugerahkan rahmat kiranya kepada Muhammad dan kepada keluarga Muhammad.


Wednesday, December 5, 2012

Syair Jiwa ku Untuk Jihad




Wahai sahabat,
Marilah kita bangkit berjuang,
Menegak syiar Islam di bumi,
Majulah kedepan mengasak musuh,
Jangan berlari meninggalkan jihad

Syiar Islam mekar di bumi, 
Syahid itu indah,
Mayat para syuhada berbau kasturi,
Darah syuhada berbau harum,
Bercampur dengan semangat yang kental

Berjihadlah ke jalan Allah,
Agar kita diredhaiNya,
Jangan sesekali berpaling tadah,
Ingat Allah dan Rasulullah,
Berjihad untuk mendapat Syurga


Wahai sahabat ku harap kita bertemu di sana,
Bergembira dan bersukaria,
Marilah menyeru jihad dijalan Allah,
Agar mati mendapat Syahid

Biarlah jari putus empat, biarlah badan terkerat-kerat,
Panji Islam akan ku pegang erat.


Berjihad hanya kerana Allah, Berjuang agar mendapat syahid.

Wahai sahabat marilah kita berlumba mendapat syahid,
Biarlah kerana Allah bukan kerna nafsu,
Kerana Agama Islam yang Indah, 
Dan bukan kerana harta rampasan perang.

Pintu Syurga dibuka untuk para Syuhada, Akan ku berjuang menentang musuh.

Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar 

Semoga Panji Islam dipegang teguh generasi muda.

by Aizat Lukman at Wedenesday, 4:43 PM, December 05, 2012

Kisah Imam Hanafi Dan Lelaki Yahudi

Wednesday, 4:17 PM, December 05, 2012



               Imam Hanafi merupakan seorang Ulama' yang dermawan dan pemurah walaupun beliau seorang yang kaya kerana memiliki kilang kain dan kilang batu jubin.
              Pada suatu hari ketika Imam Hanafi tiada di kedai kainnya kerana mengadakan majlis ilmu di masjid. Datang seorang Yahudi lalu membeli sehelai pakaian yang terdapat sedikit kerosakan,pembantu Imam Hanafi terlupa memberitahu kepada si pembeli tersebut bahawa baju itu dijual pada separuh harga lalu pembeli tersebut membayar dengan harga penuh lalu beredar dari kedai milik Imam Hanafi.
             Pada keesokkan harinya beliau datang ke kedainya lalu mendapati baju yang terdapat kerosakan itu sudah dijual lalu beliau bertanya kepada pembantunya.

"adakah baju yang terdapat kerosakan itu sudah dibeli oleh orang?" tanya Imam Hanfi

"sudah" jawab pembantunya ringkas

"adakah kamu sudah beritahu kepada pembelinya bahawa baju itu terdapat kerosakan?" tanya Imam Hanafi

"maaf tuan saya terlupa memberitahu kepada pembeli itu bahawa baju itu terdapat kerosakan"jawab pembantunya jujur.

"tuan, maafkan saya, tuan hukumlah saya kerana kelalaian saya ini" sambung pembantunya.

"tidak mengapa saya tahu itu bukan salah kamu.Sekarang saya mahu kamu pergi mencari pembeli tersebut lalu panggil beliau datang ke sini" jawab Imam Hanafi.

Pembantu itu pun beredar lalu pergi mencari pembeli tersebut.Tidak lama kemudian pembantu itu pun datang bersama lelaki Yahudi tersebut sambil beliau memegang baju yang terdapat kecacatan itu.

Kemudian lelaki Yahudi itu pun bertanya "Adakah kamu tidak mahu menjual baju ini kepadaku kerana aku berbangsa Yahudi?" tanya lelaki Yahudi itu dengan marah.

"Maaf tuan, sebenarnya baju itu terdapat sedikit kerosakan di bahagian dalam, Jikalau tuan masih berminat hendak baju itu saya pulangkan semula separuh daripada duit tersebut.Tetapi jikalau tuan sudah tidak berminat lagi saya tidak marah, malah saya sudi pulangkan semua duit yang tuan bayar semalam" jawab Imam Hanafi dengan penuh hormat.

"Oh, begitu.Tolong tunjukkan saya dimana kecacatan itu." ujar lelaki Yahudi tersebut.

 Lalu Imam Hanafi pun menunjukkan dimana kecacatan tersebut.Lelaki Yahudi itu pun berkata " Tuan sungguh jujur, jikalau saya beli dengan peniaga-peniaga lain sudah tentu mereka merahsiakan hal ini, Saya masih berminat pada baju ini kata lelaki Yahudi tersebut lalu Imam hanafi memulangkan separuh daripada duit pembelian lelaki Yahudi tersebut semula.

Tidak lama kemudian berkat daripada kejujuran Imam Hanafi. Lelaki Yahudi itu pun memeluk Islam.

Semoga cerita ini dijadikan teladan kepada peniaga-peniaga di luar sana agar bersikap jujur terhadap didalam perniagaan.


Terima Kasih Kerana Membaca

Syair Umat Akhir Zaman



Dihujung dunia, Ada bencana yang mengerikan,
Ada terpedaya, Ada yang berkuasa..
Yakjuj memerintah, Makjuj membinasakannya..
Bani adam yang akan menjadi mangsanya.

Dendam, Yang lama terpendam, Dari zaman ke zaman

Tersembunyi, Di balik gunungan, Menantikan arahan

Bertujuan, Membinasakan
Bertujuan, Untuk memesongkan
Manusia dipeluk rindu
Pada dunia yang palsu, palsu, palsu

Berimanlah wahai manusia,
Pada Tuhan yang Maha Esa,
Jangan kamu berpaling tadah,
Bangkit berjuang wahai umat Muhammad,

Bersatu, Berjuang, Kerana Allah..

Umat akhir zaman,
Bersifat bakhil,
Tiada keadilan,
hanya tinggal penindasan

Imam Mahadi pejuang kebenaran,
Menegak keadilan yang hilang ditelan masa,
Dunia yang fana dipenuhi zina,
Hanya tinggal orang yang beriman

Musuh utama umat islam,
Datang menghasut yang lemah iman,
Ad-Dajal menindas yang setia,
Hilang kebenaran dari bumi,
Turun Nabi Isa membawa kebenaran

Berjuang memburu syahid~~ Bangkitlah, Berjuang kerana Allah



Made by Aizat lukman on Wednesday, 2:02 PM, December 05, 2012


Masjid Saad Abi Waqqas



Islam in China : The Great Mosque of Ghuangzhou 

iae0043.jpg


SAAD ABI WAQQAS - CHINA SAKSI KEHEBATAN BELIAU.





Rasulullah salallhau ‘alaihi wasallam mengucapkan dalam doanya untuk Saad Ibni Abi Waqqas :-

اَللّهُمَّ سَدِّدْ رَمْيَتَهُ وَأَجِبْ دَعْوَتَهُ
“Ya Allah, tepatkan lemparan panahnya dan kabulkan doanya.”

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...

Alhamdulillah, akhirnya proses untuk mengendalikan blog Masjid Jamek Saad bin Abi Waqqas telah siap 70%.

Sebelum kami memberi pengenalan dan sejarah Masjid ini, izinkan kami berkongsi antara cebisan kisah Saad Abi Waqqas, seorang pemuda yang cerdas dan seorang panglima yang gagah perkasa. Ini merupakan antara kisah yang menjadikan beliau seorang panglima Islam yang disegani.

Beliau berasal dari kaum Quraisy ini merupakan antara sepuluh orang yang dijamin Rasulullah masuk ke syurga. Beliau juga memimpin pasukan dalam penaklukan Persia dan berhasil menewaskan pasukan panglima Rustum dalam perang Qadisiah. Beliau jugalah yang membangukan kota Koufah.

Diantara dua pilihan. Itulah mungkin kata yang tepat mewakili awal kisah dari Sa’ad bin Abi Waqash. Menurut Saad bin Abi Waqqas, seorang yang amat mencintai orang tua, tetapi tetap berpegang pada prinsipnya. Itu dilakukannya saat dia telah menerima Islam yang diajarkan oleh Rasulullah, kemudian dia yakini, bahawa hanya Islamlah yang mampu membuat dirinya hidup bahagia ketimbang. Jika dilihat melalui kata-katanya, yang sering dijumpai di sirah-sirah :-

“Duhai bonda, meskipun ada seratus nyawa dalam diri bonda, dan terurai nyawa itu satu per satu, aku akan tetap pada agamaku. Sekarang terserah bonda, apakah hendak meneruskan perbuatan bunda atau hendak makan.”

Ibu Saad yang sangat mencintai Saad juga, merasa kehilangan ketika anaknya lari meninggalkan agama asalnya dan menyembah Allah serta mentaati Rasulullah. Untuk menguba hati Saad, ibunya mengambil sikap untuk mogok makan, tapi nyatanya tak mengubah sedikitpun pendirian Saad untuk meninggalkan Agama Islam yang dibawa Rasulullah, mesikipun ia juga mencintai Ibunya.

Selain itu, Saad juga dikenal sebagai anggota pasukan berkuda yang gagah berani terutamanya dalam teknik memanah. Ada dua peristiwa yang menjadikan Sa’ad selalu dikenang dan istimewa, pertama dialah yang pertama melepas anak panah untuk membela Agama Allah, sekaligus orang pertama yang tertembus anak panah dalam membela Agama Allah. Kedua, Sa’ad adalah satu-satunya orang yang dijamin oleh Rasulullah dengan jaminan kedua orang tua beliau. Sabda Rasulullah pada saat perang Uhud :-

“Panahlah hai Sa’ad! Ibu Bapaku menjadi jaminan bagimu….”

Dalam setiap peperangan, siapapun panglimanya, jika ada Sa’ad di dalamnya maka pasukan akan merasa tenang. Bukan hanya kerana kehebatannya dalam peperangan yang ditakuti musuh, tapi juga ketaqwaannya yang luhur, yang menjadi hati sahabat lain menjadi tenang.

Pada saat perang Qadishiyyah, Amirul mukminin Umar bin Khathab r.a mengangkat Saad sebagai Panglima perang untuk melawan Persia pada saat itu, ketika Saad mengirim utusan untuk berdiplomasi dengan Rustum (panglima perang Persia) yang akhirnya lahirlah delegasi kaum muslimin.

“Sesungguhnya Allah telah memilih kami untuk membebaskan hamba-hambaNya yang dikehendaki-Nya dari pemujaan berhala kepada pengabdian kepada Allah, dari kesempitan dunia kepada keluasannya, dan dari kedhaliman penguasa kepada keadilan Islam. Maka siapa yang bersedia menerima itu dari kami, kami terima pula kesediannya dan kami biarkan mereka. Tapi siapa yang memerangi kami, kami perangi pula mereka hingga kami mencapai apa yang telah dijanjikan Allah…!”

“Apa yang dijanjikan oleh Allah itu?” tanya Rustum. “Syurga bagi kami yang mati syahid, dan kemenangan bagi kami yang hidup”, itulah jawapan Saad.

Saad pun bangkit dan menggelorakan semangat jihad kaum muslimin, peperangan pun terjadi. Rustum dan pasukannya menerima kekalahan, Persia akhirnya jatuh juga di tangan kaum muslimin.

Inilah keberanian insan bernama Saad bin Abi Waqqas. Beliau jugalah antara Panglima Islam yang memperluas ajaran Islam ke China.

Atas penghormatan sahabat Rasullullah ini, maka kami menamakan Masjid Jamek Saad bin Abi Waqqas.

Panglima-Panglima Islam Yang Gagah Berani



Berikut adalah Panglima yang gagah berani (Tidak termasuk sahabat yang dijamin Syurga)

1. Khalid al Walid

2. Ikramah Abu Jahal

3. Amru al As

4. Tariq bin Ziyad

5. Musa bin Nusair

6. Sultan Salahuddin al Ayubbi

7. Saidina Hamzah bin Abdul Mutalib

8. Saidina Hussein bin Ali Abu Talib

9. Saidina Hassan bin Ali Abu Talib

10. Abdullah bin Umar Al Khatab

11. Abdullah bin Zubair Awwam

12. Sultan Muhammad Al Fateh

Terdapat ramai lagi tokoh-tokoh panglima yang berani, harap maaf tidak dapat senarai semua (^ _ ^)

Contohilah keberanian dan semangat jihad mereka menegakkan agama Islam kerana Allah S.W.T yang Maha Esa.

Dosa Meninggalkan Solat Fardhu

Wednesday, 9:36 AM, December 05, 2012




 Kecintaan terhadap dunia mungkin menyebabkan kita lalai mengerjakan solat.

1. Solat Subuh : satu kali meninggalkan akan dimasukkan ke dalam neraka selama 30 tahun yang sama dengan 60.000 tahun di dunia.
2. Solat Zuhur : satu kali meninggalkan dosanya sama dengan membunuh 1.000 orang umat islam.
3. Solat Ashar : satu kali meninggalkan dosanya sama dengan menutup/meruntuhkan ka’bah.
4. Solat Magrib : satu kali meninggalkan dosanya sama dengan berzina dengan orangtua.
5. Solat Isya : satu kali meninggalkan tidak akan di redhai Allah SWT tinggal di bumi atau di bawah langit serta makan dan minum dari nikmatnya.

6 Siksa di Dunia Orang yang Meninggalkan Solat Fardhu :

1. Allah SWT mengurangi keberkatan umurnya.
2. Allah SWT akan mempersulit rezekinya.
3. Allah SWT akan menghilangkan tanda/cahaya soleh dari raut wajahnya.
4. Orang yang meninggalkan solat tidak mempunyai tempat di dalam islam.
5. Amal kebaikan yang pernah dilakukannya tidak mendapatkan pahala dari Allah SWT.
6. Allah tidak akan mengabulkan doanya.

3 Siksa Orang yang Meninggalkan Solat Fardhu Ketika Menghadapi Sakratul Maut :

1. Orang yang meninggalkan solat akan menghadapi sakratul maut dalam keadaan hina.
2. Meninggal dalam keadaan yang sangat lapar.
3. Meninggal dalam keadaan yang sangat haus.

3 Siksa Orang yang Meninggalkan Solat Fardhu di Dalam Kubur :

1. Allah SWT akan menyempitkan kuburannya sesempit sempitnya.
2. Orang yang meninggalkan solat kuburannya akan sangat gelap.
3. Disiksa sampai hari kiamat tiba.

3 Siksa Orang yang Meninggalkan Solat Fardhu Ketika Bertemu Allah :

1. Orang yang meninggalkan solat di hari kiamat akan dibelenggu oleh malaikat.
2. Allah SWT tidak akan memandangnya dengan kasih sayang.
3. Allah SWT tidak akan mengampunkan dosa dosanya dan akan di azab sangat pedih di neraka.

Mengenai balasan bagi orang yang meninggalkan Solat Fardu: “Rasulullah SAW, diperlihatkan pada suatu kaum yang membenturkan kepala mereka pada batu, Setiap kali benturan itu menyebabkan kepala pecah, kemudian ia kembali kepada keadaan semula dan mereka tidak terus berhenti melakukannya. Lalu Rasulullah bertanya: “Siapakah ini wahai Jibril”? Jibril menjawab: “Mereka ini orang yang berat kepalanya untuk menunaikan Solat fardhu”. (Hadits Riwayat Tabrani, sanad shahih)

Anak Kecil Yang Takut Api Neraka


Wednesday, 9:25 AM, December 05, 2012 



          Dalam sebuah riwayat menyatakan bahawa ada seorang lelaki tua sedang berjalan-jalan di tepi sungai, sedang dia berjalan-jalan dia terpandang seorang anak kecil sedang mengambil wudhu' sambil menangis.Apabila orang tua itu melihat anak kecil tadi menangis, dia pun berkata, "Wahai anak kecil kenapa kamu menangis?" Maka berkata anak kecil itu, "Wahai pakcik saya telah membaca ayat al-Quran sehingga sampai kepada ayat yang berbunyi, "Yaa ayyuhal ladziina aamanuu quu anfusakum" yang bermaksud, "Wahai orang-orang yang beriman, jagalah olehmu sekalian akan dirimu." Saya menangis sebab saya takut akan dimasukkan ke dalam api neraka." Berkata orang tua itu, "Wahai anak, janganlah kamu takut, sesungguhnya kamu terpelihara dan kamu tidak akan dimasukkan ke dalam api neraka." Berkata anak kecil itu, "Wahai pakcik, pakcik adalah orang yang berakal, tidakkah pakcik lihat kalau orang menyalakan api maka yang pertama sekali yang mereka akan letakkan ialah ranting-ranting kayu yang kecil dahulu kemudian baru mereka letakkan yang besar. Jadi tentulah saya yang kecil ini akan dibakar dahulu sebelum dibakar orang dewasa." Berkata orang tua itu, sambil menangis, "Sesungguh anak kecil ini lebih takut kepada neraka daripada orang yang dewasa maka bagaimanakah keadaan kami nanti?"

Kisah Seorang Kristian Memeluk Islam



                    
                Alkisah disebutkan bahawa di kota Array terdapat Qadhi yang kaya-raya. Suatu hari kebetulan hari Asyura' datanglah seorang miskin meminta sedekah. Berkatalah si miskin tadi, "Wahai tuan Qadhi, adalah saya seorang miskin yang mempunyai tanggungan keluarga. Demi kehormatan dan kemuliaan hari ini, saya meminta pertolongan daripada tuan, maka berilah saya sedekah sekadarnya berupa sepuluh keping roti, lima potong daging dan duit dua dirham." Qadhi menjawab, "Datanglah selepas waktu zohor!"

                      
                Selepas sembahyang zohor orang miskin itu pun datang demi memenuhi janjinya. Sayangnya si Qadhi kaya itu tidak menepati janjinya dan menyuruh si miskin datang lagi selepas sembahyang Asar. Apabila dia datang selepas waktu yang dijanjikan untuk kali keduanya itu, ternyata si Qadhi tidak memberikan apa-apa. Maka beredarlah simiskin dari rumah si Qadhi dengan penuh kecewa. Di waktu si miskin jalan mencari-cari, ia melintas di depan seorang kristian sedang duduk-duduk di hadapan rumahnya. Kepada orang Kristian itu si miskin minta sedekah, "Tuan, demi keagungan dan kebesaran hari ini berilah saya sedekah untuk menyara keluarga saya."

                 Si Kristian bertanya, "Hari apakah hari ini?" "Hari ini hari Asyura", kata si miskin, sambil menerangkan keutamaan dan kisah-kisah hari Asyura'. Rupanya orang Kristian itu sangat tertarik mendengar cerita si peminta sedekah dan hatinya berkenan untuk memberi sedekah. Berkata si Kristian, "Katakan apa hajatmu padaku!" Berkata si peminta sedekah, "Saya memerlukan sepuluh keping roti, lima ketul daging dan wang dua dirham sahaja." Dengan segera ia memberi si peminta sedekah semua keperluan yang dimintanya. Si peminta sedekah pun balik dengan gembira kepada keluarganya. Adapun Qadhi yang kedekut telah bermimpi di dalam tidurnya.

                   "Angkat kepalamu!" kata suara dalam mimpinya. Sebaik sahaja ia mengangkat kepala, tiba-tiba tersergam di hadapan matanya dua buah bangunan yang cantik. Sebuah bangunan diperbuat dari batu-bata bersalut emas dan sebuah lagi diperbuat daripada yaqut yang berkilau-kilauan warnanya. Ia bertanya, "Ya Tuhan, untuk siapa bangunan yang sangat cantik ini?" Terdengar jawapan, "Semua bangunan ini adalah untuk kamu andaikan sahaja kamu mahu memenuhi hajat si peminta sedekah itu. Kini bangunan itu dimiliki oleh seorang Kristian."

                    Apabila Qadhi bangun dari tidurnya,iapun pergi kepada Kristian yang dimaksudkan dalam mimpinya. Qadhi bertanya kepada si Kristian, "Amal apakah gerangan yang kau buat semalam hingga kau dapat pahala dua buah bangunan yang sangat cantik?" Orang Kristian itu pun menceritakan tentang amal yang diperbuatnya bahawa ia telah bersedekah kepada fakir miskin yang memerlukannya pada hari Asyura' itu.
Kata Qadhi, "Juallah amal itu kepadaku dengan harga seratus ribu dirham." Kata si Kristian, "Ketahuilah wahai Qadhi, sesungguhnya amal baik yang diterima oleh Allah tidak dapat diperjual-belikan sekalipun dengan harga bumi serta seisinya." Kata Qadhi, "Mengapa anda begitu kedekut, sedangkan anda bukan seorang Islam?"
Ketika itu juga orang Kristian itu membuang tanda salibnya dan mengucapkan dua kalimah syahadat serta mengakui kebenaran agama yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w.

Kalimah Allah Pada Ranting Pokok

7:31 AM, Wednesday, December 05, 2012




Subahannallah, Allah yang Maha Agung, menunjukkan kepada kita betapa hebatNya DIA..

Gambar ini diambil di sebelah masjid Sungai Masin, Batang Kali..

Tuesday, December 4, 2012

Bertawakkallah......

Tuesday, December 04, 7:42 AM, 2012


"Seandainya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang.”

(Riwayat Ahmad, at-Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattab r.a.)

Hukum Isteri Meminta Cerai

Tuesday, December 04, 2012

Soalan:

Saya sedang membaca berkenaan hukum seorang isteri meminta cerai daripada suami. Saya dapati terdapat hadis-hadis yang melarang daripada meminta cerai. Pada waktu yang sama terdapat sebuah hadis di mana seorang isteri dengan mudah
telah meminta cerai daripada suaminya di hadapan Rasulullah, dan baginda mengizinkannya. Jadi bagaimanakah cara yang betul untuk memahami hadis-hadis ini?

Jawapan:

Perceraian adalah satu perkara yang dibolehkan oleh Islam jika semua usaha untuk membaik-pulih hubungan suami-isteri menemui jalan buntu. Hadis-hadis yang melarang perceraian, dimaksudkan ialah sengaja meminta cerai tanpa sebab-sebab yang munasabah. Di antaranya ialah hadis berikut: Para isteri yang meminta cerai ialah wanita-wanita yang munafiq.  
[Shahih Sunan al-Tirmizi, no: 1186] 

Namun hadis berikut lebih terperinci dalam menjelaskan bentuk tuntutan cerai yang dilarang oleh Islam:


Mana-mana wanita yang meminta cerai daripada suaminya tanpa alasan yang munasabah, maka haram baginya bau syurga.  
[Shahih Sunan Abu Daud, no: 2226]

Sunday, December 2, 2012

Perkara Yang Membuatkan Syahadah Seseorang Terbatal Atau Murtad

Sunday, December 1, 2012 , 4:19 AM

1. Sujud / Tunduk kepada berhala secara pilihan sendiri bukan terpaksa

2. Menghina atau memperkecil-kecilkan sesuatu yang dimuliakan oleh agama seperti nama Allah yang mulia, sifat-sifat Allah, al-Quran, hadis Nabi SAW, hukum syarak, rasul-rasul, perintah serta larangan-Nya dan sebagainya.

3. Mengucap sesuatu ucapan kekafiran yang biasanya menyebabkan orang menyangka ia telah kafir atau terang-terang orang itu mengatakan dirinya telah kafir atau keluar dari islam.

4. Perbuatan-perbuatan lain yang menyebabkan boleh terkeluar dari islam seperti mengatakan yang wajib itu sebaliknya, begitu juga mengatakan yang haram itu halal.

Friday, November 30, 2012

Fardu Wuduk

Jumaat, November 30, 2012, 8.30 PM




Fardu Wuduk ada enam perkara :

1. Niat

2. Membasuh muka

3.Membasuh kedua-dua belah tangan hingga ke Siku

4. Menyapu sedikit air dibahagian kepala

5. Membasuh kaki hingga dua buku lali

6. Tertib


Monday, November 26, 2012

Dosa-Dosa Besar


Senarai Dosa-Dosa Besar

1. Menyekutukan Allah s.w.t. dengan mana-mana makhluk (Syirik)
2. Membunuh manusia tanpa sebab
3. Melakukan perbuatan Sihir atau mempelajari ilmu sihir
4. Meninggalkan solat fardhu
5. Tidak membayar zakat
6. Tidak berpuasa di bulan Ramadhan tanpa uzur syar’i
7. Tidak menunaikan haji walaupun mampu
8. Derhaka kepada kedua ibubapa
9. Memutuskan hubungan silaturrahim
10. Melakukan zina
11. Tidak menunaikan hak anak dan isteri
12. Membiarkan jiran kelaparan sedangkan dia kekenyangan
13. Homoseksual (hubungan sesama jantina)
14. Mengambil, memberi serta menulis harta Riba
15. Makan harta anak yatim dengan kejam
16. Sumpah dusta dengan menggunakan nama Allah dan rasulNya.
17. Melarikan diri dari medan jihad
18. Pemimpin yang menipu dan kejam terhadap rakyatnya
19. Melakukan sumpah palsu
20. Menjadi atau bersaksi palsu
21. Judi dan sebarang bentuk pertaruhan
22. Minum arak atau minuman yang memabukkan
23. Menuduh perempuan baik berzina
24. Mencuri kerana kemegahan dan kemewahan
25. Merompak
26. Melakukan kezaliman terhadap orang yang lemah
27. Menafikan hak kepada orang yang berhak
28. Mengajar orangramai tentang hukum tetapi diri tidak melakukannya
29. Mengumpul kekayaan dari sumber yang haram
30. Bunuh diri
31. Berbohong
32. Hakim yang derhaka
33. Memberi rasuah dalam masalah hukum
34. Wanita menyerupai lelaki (tomboy, penkid) dan lelaki menyerupai wanita (pondan).
35. Perkahwinan cina buta
36. Kencing tidak dibersihkan sesuci-sucinya
37. Mempelajari ilmu untuk tujuan keduniaan serta bisu dalam menyatakan kebenaran.
38. Penipu dan khianat dan riya’ (sombong)
39. Mengungkit-ungkit pemberian
40. Menyalahkan takdir
41. Mencari kesalahan orang lain (menjagaa tepi kain orang)
42. Mengadu domba (melaga-lagakan antara dua orang)
43. Membuat fitnah
44. Mengutuk orang islam
45. Mengingkari janji
46. Mempercayai dukun, bomoh, sihir dan Ahli Nujum.
47. Nusyuz (isteri derhaka kepada suami dan sebaliknya)
48. Membuat atau mengukir patung
49. Menampar pipi atau menyiksa badan ketika berdukacita
50. Berbuat buruk terhadap orang yang lemah, kanak-kanak, isteri dan binatang
51. Menganggu jiran tetangga
52. Melabuhkan pakaian untuk menyombong
53. Lelaki yang memakai sutera dan emas sebagai pakaian atau perhiasan
54. Menyembelih binatang selain kerana Allah s.w.t.
55. Mengaku bapa sendiri kepada ayah angkat
56. Menamakan anak angkat dengan berbinkan namanya.
57. Berdebat dan memusihi orang lain.
58. Menipu dalam timbangan dan perniagaan.
59. Merasa aman dari kemurkaan Allah
60. Putus asa dari rahmat Allah
61. Meninggalkan solat jumaat tanpa uzur
62. Mengubah wasiat
63. Mengintip orang Islam dan menyebarkan rahsianya
64. Mencela Nabi Muhammad S.A.W
65. Pemerintah yang tidak melaksanakan hukum Islam
66. Menolak hadis Nabi S.A.W.
67. Mengingkari ayat al-Qur’an atau menghina al-Qur’an
68. Melakukan rasuah.
69. Melanggar hukum faraid
70. Mengampu pemerintah kerana kepentingan diri
71. Berbangga dan sombong dengan anak-anak atau harta yang banyak
72. Pecah amanah
73. Tua tetapi masih berzina
74. Riak dan menunjuk-nunjuk
75. Bertenung nasib
76. Menyambut Hari Valentine
77. Dayus atau redha atau membiarkan anak dan isteri melakukan maksiat dan dosa
78. Membunuh bayi
79. Menggugurkan janin
80. Menagih dadah

Sunday, November 25, 2012

Rukun-Rukun Haji



1. Berniat Ihram Haji

2. Wukuf (berhenti) di Arafah, mulai tergelincirnya matahari (waktu Zuhur) 9 Zulhijjah sampai terbit
    fajar pada 10 Zulhijjah.
 
3. Tawaf mengilingi Kaabah sebanyak 7 kali

4. Sa'i di antara Bukit Safa dan Bukit Marwah sebanyak 7 kali.

5. Bercukur sekurang-kurangnya tiga helai rambut.

6. Tertib bagi sebahagian rukun.

Saturday, November 24, 2012

Petua Imam Syafi'e

Petua Imam Syafi'e.

- Empat perkara menguatkan badan
1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas

- Empat perkara melemahkan badan
1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam

- Empat perkara menajamkan mata
1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih

- Empat perkara merosakkan mata
1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat

- Empat perkara menajamkan fikiran
1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama

~ CARA TIDUR..


1. TIDUR PARA NABI - Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit danbumi.

2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH - Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat malam.

3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA - Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak dimakan.

4. TIDUR SYAITAN - Menelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka.

Imam Al-Tirmizi - 6 Jenis Hati

Imam al-Tirmizi membahagikan HATI kepada 6 kategori :

1.Hati yang HIDUP ialah hati yang penuh dengan IMAN.

2.Hati yang MATI ialah hati yang KUFUR kepada Allah.

3.Hati yang SIHAT ialah hati yang TAAT pada Allah.

4.Hati yang SAKIT ialah hati yang dipenuhi dengan MAKSIAT.

5.Hati yang TERJAGA ialah hati yang INGAT Allah.

6.Hati yang TERTIDUR ialah hati yang LALAI.

Senarai Orang Yang Pertama

1. Orang yang pertama menulis Bismillah : Nabi Sulaiman AS.

2. Orang yang pertama minum air zamzam : Nabi Ismail AS.

3. Orang yang pertama berkhatan : Nabi Ibrahim AS.

4. Orang yang pertama diberikan pakaian pada hari Qiamat : Nabi Ibrahim AS.

5. Orang yang pertama dipanggil oleh Allah pada hari Qiamat : Nabi Adam AS.

6. Orang yang pertama mengerjakan saie antara Safa dan Marwah : Sayyidatina Hajar (Ibu Nabi Ismail AS)

7. Orang yang pertama dibangkitkan pada hari Qiamat : Nabi Muhammad SAW

8. Orang yang pertama menjadi khalifah Islam : Abu Bakar AsSiddiq RA

9. Orang yang pertama menggunakan tarikh hijrah: Umar bin Al-Khattab RA

10. Orang yang pertama meletakkah jawatan khalifah dalam Islam: Al-Hasan bin Ali RA

11. Orang yang pertama menyusukan Nabi SAW: Thuwaibah RA

12. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan lelaki : Al-Harith bin Abi Halah RA

13. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan wanita: Sumayyah binti Khabbat RA

14. Orang yang pertama menulis hadis di dalam kitab / lembaran : Abdullah bin Amru bin Al-Ash RA

15. Orang yang pertama memanah dalam perjuangan fisabilillah : Saad bin Abi Waqqas RA

16. Orang yang pertama menjadi muazzin dan melaungkan azan: Bilal bin Rabah RA

17. Orang yang pertama bersembahyang dengan Rasulullah SAW : Ali bin Abi Talib RA

18. Orang yang pertama membuat minbar masjid Nabi SAW: Tamim Ad-dary RA

19. Orang yang pertama menghunuskan pedang dalam perjuangan fisabilillah : Az-Zubair bin Al-Awwam RA

20. Orang yang pertama menulis sirah Nabi SAW: Ibban bin Uthman bin Affan RA

21. Orang yang pertama beriman dengan Nabi SAW : Khadijah binti Khuwailid RA

22. Orang yang pertama mengasaskan usul fiqh : Imam Syafie RH

23. Orang yang pertama membina penjara dalam Islam: Ali bin Abi Tholib RA

24. Orang yang pertama menjadi raja dalam Islam : Muawiyah bin Abi Sufyan RA

25. Orang yang pertama membuat perpustakaan awam : Khalifah Harun Ar-Rasyid RH

26. Orang yang pertama mengadakan baitul mal : Umar Al-Khattab RA

27. Orang yang pertama menghafal Al-Quran selepas Rasulullah SAW: Ali bn Abi Talib RA

28. Orang yang pertama membina menara di Masjidil Haram Mekah : Khalifah Abu Ja’far Al-Mansur RH

29. Orang yang pertama digelar Al-Muqry : Mus’ab bin Umair RA

30. Orang yang pertama masuk Syurga : Nabi Muhamamad SAW