Saturday, March 30, 2013

Kebersihan dalam Islam

     Islam amat menekankan kebersihan dan kesucian.Ia meliputi aspek zahir dan batin.Kebersihan zahir meliputi jasmani atau tubuh badan,pakaian,makanan dan minuman serta segala peralatan yang digunakan,rumahtangga,masjid,tempat kita bekerja dan alam persekitaran.Sementara kebersihan batin(dalaman) ialah merujuk kepada rohani kita,pemikiran,hati dan perasaan,yang mana kebersihan dalaman ini akan mempengaruhi perwatakan dan tingkahlaku kita seharian serta hasil kerja yang kita usahakan sama ada indah atau tidak,berkualiti atau sebaliknya.

     Banyak ayat Al-Quran dan Hadith yang mengarahkan supaya kita sentiasa mengambil berat tentang kebersihan zahir dan batin.Antaranya ialah:Firman ALLAH yang maksudnya,"Sesungguhnya ALLAH itu mengasihi orang-orang yang banyak bertaubat(yakni membersihkan diri dari kekotoran dosa) dan DIA mengasihi orang-orang yang membersihkan diri mereka(dari sebarang kekotoran najis dan hadas)."(surah Al-Baqarah ayat 222).

     Firman ALLAH lagi yang maksudnya,"Dan tidaklah mereka diperintah melainkan beribadah kepada ALLAH dengan keadaan ikhlas beragama untuknya",surah Al-Bayyinah ayat 5.Ayat ini menerangkan mengenai ikhlas dalam beribadah iaitu salah satu daripada perkara batin(dalaman) kerana ikhlas itu tidak kelihatan.Firman-NYA lagi yang maksudnya,"Bersihkanlah pakaianmu dan jauhilah segala kekotoran",surah Al-Muddathir ayat 4-5.

     Rasulullah juga pernah bersabda yang maksudnya,"Kebersihan itu sebahagian daripada iman."(Riwayat Muslim).Dan banyak lagi dalil Al-Quran dan Hadith yang  mengarahkan kita supaya kita sentiasa mengambil berat tentang kebersihan zahir dan batin.

     Demikianlah dipaparkan sebahagian daripada ayat-ayat Al-Quran dan juga Hadith Rasulullah s.a.w yang menyentuh tentang kebersihan.Berdasarkan pernyataan di atas dapat kita rumuskan bahawa:1.Ummat Islam dikehendaki bersih aqidah mereka daripada syirik dan apa-apa yang boleh membawa kepada syirik hendaklah dijauhi kerana syirik sebesar-besar dosa yang tidak diampuni oleh ALLAH S.W.T.

    2.Dalam melakukan sesuatu ibadat,kita mestilah melakkukannya dengan hati yang benar-benar bersih dan ikhlas semata-mata kerana ALLAH.3.Kita mestilah menjaga kebersihan baik yang zahir mahupun yang batin.Demikianlah beberapa perkara yang diarahkan kepada kita untuk menjaganya.Banyak lagi Hadith dan ayat Al-Quran yang menunjukkan kepentingan kebersihan dalam Islam juga dalam kehidupan.

    Melalui aspek sains pula,banyak perkara yang ALLAH perintahkan itu mempunyai hikmah yang tersembunyi.Contohnya firman ALLAH yang bermaksud,"Bersihkanlah pakaianmu dan jauhilah segala kekotoran",surah Al-Muddathir ayat 4-5.Dalam ayat ini ALLAH menyuruh kita menjauhi segala kekotoran dan kita juga tahu bahawa di dalam kekotoran terdapat berbagai jenis kuman.Inilah di antara hikmahnya kita menjaga kebersihan.Selamat beramal(^_^)........

Friday, March 29, 2013

Solat:Pendorong Utama Ke Arah Kejayaan

     Matlamat kehidupan insan adalah untuk beribadah kepada ALLAH S.W.T bagi memperolehi kejayaan di dunia dan akhirat.Solat lima waktu sehari semalam adalah sebagai ibadah yang paling utama,di samping itu menjadi tali penghubung antara hamba dengan ALLAH secara berterusan.

     Solat mempunyai hubungan yang rapat dalam konteks memperoleh semangat untuk bergerak maju menuju kejayaan di dunia dan akhirat.Setiap waktu kita diseru:"Hayya 'alas-solah" dan Hayya 'alal falah".Ertinya:"Mari kita dirikan solat" dan "Mari kita menuju kejayaan".Hati yang beriman tentu akan tergugah dan sentiasa menyahut panggilan suci ini.

     Menerusi ibadah solat,ummat Islam didisplinkan agar sentiasa:1.Mengurus dan menggunakan waktu dengan sebaik mungkin.2.Menjaga kebersihan zahir dan batin.(pakaian,hati,fikiran,perasaan,tubuh bandan dan sebagainya)3.Mengingat dan mengagungkan ALLAH serta mematuhi segala perintah-NYA dan menjauhi segala larangan-NYA.4.Merancang dan seterusnya berusaha ke arah mencapai kejayaan,kemuliaan,kebahagiaan dan kesejahteraan di dunia dan akhirat.

     Solat perlu dilakukan dengan khusyuk,yakni menghadirkan hati di dalam solat,mengingat dan menyedari bahawa kita beribadah kepada ALLAH.Solat yang khusyuk itulah solat yang berkualiti,mempunyai nilai pahala yang tinggi yang diberi oleh ALLAH,di samping itu ianya berfungsi sebagai:1.Tiang bagi agama.2.Sumber ketenangan jiwa dan kekuatan rohani.3.Menjadi benteng dari perbuatan keji dan mungkar.4.Penghapus dosa dan kesalahan.5.Anak kunci kejayaan di dunia dan akhirat.6.Garis pemisah di antara Islam dan kafir.7.Menyebabkan limpahan rahmat,taufiq dan hidayah yang berterusan.

     Dalil dan hadith-hadith berkenaan dengan fungsi-fungsi solat:1.Solat sumber ketenangan jiwa.Firman ALLAH maksudnya,"Dirikanlah solat kerana mengingati AKU(ALLAH)",surah Toha ayat 14.Bukankah mengingati ALLAH itu adalah sumber ketenangan jiwa?Firman ALLAH maksudnya,"Ketahuilah bahawa dengan mengingati ALLAH,hati menjadi tenang",surah Al-Ra'd:28.

     2.Solat sumber kemenangan/kejayaan.Firman ALLAH dalam surah Al-Mu'minun ayat 1-2 maksudnya,"Sungguh,telah berjaya orang-orang mu'min itu.Iaitu mereka yang khusyuk di dalam solat".3.Solat menjadi tiang Agama dan anak kunci kebaikan.Sabda Nabi S.A.W maksudnya,"Solat itu tiang Agama,Solat itu anak kunci segala kebaikan."(Riwayat Al-Tobrani).4.Solat menjadi sumber kekuatan jiwa.Firman ALLAH maksudnya,"Mohonlah pertolongan(kepada ALLAH) dengan cara bersabar dan bersolat dan sesungguhnya (solat) itu amat berat kecuali bagi orang-orang yang khusyuk",surah Al-Baqarah ayat 45.

     5.Solat menjadi nur(cahaya).Sabda Nabi S.A.W maksudnya,"Orang yang memelihara solat lima waktu,dengan menyempurnakan kebersihannya,memelihara waktu-waktunya nescaya dia akan memperoleh cahaya dan tanda kejayaan pada hari kiamat tetapi orang yang mengabaikan solatnya maka dia akan dihimpun bersama-sama dengan Fir'aun dan Haman."

     6.Solat akan mengangkat martabat si pelakunya dan menyebabkan masuk ke syurga.Sabda Nabi S.A.W maksudnya,"Lazimkanlah ke atas dirimu memperbanyak sujud kerana sekali engkau sujud,ALLAH mengangkat kedudukanmu satu darjat dan dihapuskan dari dirimu satu kesalahan."(Riwayat Muslim)7.Solat menjadi benteng atau mencegah dari melakukan kejahatan.Firman ALLAH maksudnya,"Sesungguhnya solat itu boleh mencegah daripada perbuatan keji dan mungkar,surah Al-Ankabut ayat 45.

     Itulah diantara dalil yang menunjukkan fungsi dan kelebihan bersolat.Marilah kita bersolat kerana solat itu bukannya satu perkara yang sia-sia malah ia merupakan satu perkara yang sangat berguna untuk kita.Kadang-kadang kita mungkin selalu dengar orang selalu sangat cakap,"solatlah kamu sebelum kamu disolatkan."Sebenarnya ini merupakan satu percakapan atau satu ungkapan yang amat berguna.Marilah kita beramal.Selamat beramal (^_^).............

Wednesday, March 27, 2013

Ilmu . . .


Ilmu itu apa? Kebanyakan buku menulis maksud ilmu ialah pengetahuan. Pengetahuan yang sebenar terhadap sesuatu perkara.Ilmu (bahasa Inggeris:Knowledge) merujuk kepada kefahaman manusia terhadap sesuatu perkara, yang mana ia merupakan kefahaman yang sistematik dan diusahakan secara sedar. Pada umumnya, ilmu mempunyai potensi untuk dimanfaatkan demi kebaikan manusia.

Biasanya, ilmu adalah hasil daripada kajian terhadap sesuatu perkara. Dalam hal ini, ilmu sendiri juga boleh menjadi sasaran kajian dan menghasilkan apa yang dikenali sebagai "ilmu mengenai ilmu", yakni epistemologi.Dalam hal ini, kajian mengenai ilmu lebih dikenali sebagai sains maklumat dalam dunia kepustakawanan.

Ilmu merupakan pemahaman bermakna ataupun sesuatu yang memberikan makna kepada diri individu apabila datangnya sesuatu sumber maklumat yang dikatakan berkaitan dengan sesuatu kajian ataupun memerlukan kefahaman.Ilmu adalah berbeza dengan maklumat iaitu sesuatu maklumat tidak bererti atau bermakna sekiranya ia tidak dapat dijadikan makna atau mendatangkan makna kepada seseorang contohnya data-data dari komputer (binary code) tidak bermakna sekiranya tidak dirangkumkan untuk dijadikan perisian yang berguna kepada manusia dan ianya hanya akan kekal sebagai data.(dipetik daripada wikipedia)

Dalam Al-Quran,ALLAH banyak menunjukkan dan menerangkan keutamaan ilmu.Antara contohnya dalam surah Al-Mujadalah ayat 11,maksudnya:"ALLAH meninggikan darjat orang-orang yang beriman di kalangan kamu dan orang-orang yang diberikan ilmu dari kalangan kamu beberapa darjat."ALLAH juga turut berfirman dalam surah Az-Zumar ayat 9,maksudnya:'Katakanlah:adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?." Itulah ganjaran ALLAH bagi orang-orang yang berilmu.Banyak lagi ayat di dalam Al-Quran yang menerangkan keutamaan ilmu.

Maka,tuntutlah ilmu kerana ilmu merupakan satu harta yang tidak boleh dibayar. Bayarlah sejuta ringgit sekali pun,ilmu itu tetap tidak dapat dibeli.Dengan sebab ilmu,hamba menjadi raja.Dengan ilmu,seorng murid boleh menjadi seorang guru.Dengan ilmu itulah,anda boleh menjadi lebih mulia daripada raja.Ada raja yang tidak pandai bidang sains,pasti dia akan bertanya kepada rakyat,maka pada ketika itu rakyat tersebut telah menjadi guru kepada raja tersebut.Tak kiralah berapa banyak harta sekalipun yang raja tersebut ada,tetapi dia pasti akan bertanya kepada seorang miskin yang mempunyai ilmu jika raja tersebut memerlukannya.

Bagaimana hendak mendapat ilmu? Kata Imam Malik,"Ilmu itu didatangi bukan mendatangi."Maksudnya di sini ialah ilmu takkan datang selagi ia tak dicari.Kita yang perlu mencari ilmu,ilmu tidak mencari kita.Carilah dengan apa cara sekalipun.Berguru,membaca buku ataupun lain-lain.Kini,zaman yang serba moden internet juga boleh menjadi medan ilmu.

Marilah kita menuntut ilmu kerana ilmu itu merupakan harta Nabi.Seperti sabdanya,"Nabi tidak mewariskan dinar atau dirham,mereka mewariskan ilmu."Maka,sesiapa yang mendapat ilmu maka dia telah mendapat sedikit harta Nabi.Siapa yang tidak mahu harta Nabi bukan? Jadi,selamat beramal.........