Tuesday, February 12, 2013

Jom hijrah!

     Hijrah? Apa maksudnya? Bukankah hijrah itu maksudnya pindah? Maksud saya dengan hijrah itu ialah hijrah hati.Daripada jahat ke baik,daripada baik kepada lebih baik dan daripada lebih baik ke sangat baik.Mungkin ramai orang kata susah sebab gelombang arus maksiat pada hari ini amat kuat.Tapi kita jangan lupa,hidayah ALLAH tidak pernah terpadam walaupun sesekali.

     Terpulanglah kepada kita untuk mengambilnya atau mengabaikannya.Mungkin ada orang kata,"saya nak hidayah tu tapi saya tak jumpa."Sebenarnya kita boleh kutip hidayah tersebut.Ada beberapa stepnya,1.Bersihkan niat.2.Buka Al-Quran dan tadabbur.3.Jangan hipokrit(munafikkan) diri kita atau kata lain ikhlas.4.Istiqamah(berterusan)/jangan putus asa.

     Simple sahaja bukan? Senang sahaja,tak susah pun.Marilah kita berhijrah kepada hati mempunyai perasaan dan otak yang mempunyai fikiran yang tepat.Jom! Apa yang dinantikan lagi? Peluang di depan mata kita sajhaa.....Mungkin ramai yang telah melakukan perkara-perkara yang saya tuliskan tetapi masih gagal......ok jangan risau.

     Kita cari Mursyid pula.Mursyid apa ni?Sufi kah?Taknaklah.........bukan Mursyid seperti itu yang saya maksudkan.Mursyid ni maksudnya pembimbing.Kita perlu cari cari mursyid yang mempunyai beberapa ciri-ciri yang sesuai bagi seorang pembimbing.

      Antaranya ialah 'amanah','benar' dan 'menyampaikan'.Ini ialah ciri-ciri asas yang perlu ada pada seorang Mursyid.Satu perkara penting yang perlu kita semua ingat dan amalkan!Kita perlu ambil dan amalkan Islam secara menyeluruh bukan secara juz'i-juz'i(sedikit-sedikit).Jika tidak boleh lakukan semua juga maka janganlah tinggalkan semua.Cubalah untuk beramal walaupun susah.

      Kita juga perlu elakkan diri kita daripada pemikiran-pemikiran dan ideologi-ideologi yang sesat lagi menyesatkan.Mari kita jadikan hijrah kita yang ini,hijrah yang muktamad.Hijrah secara 'total'.Katakan pada diri kita,"aku nak hijrah,aku nak berubah".Mari kita yang daripada 'zero' kepada 'hero'.Hijrah ni bukannya susah pun.Mudah sahaja...........Jom hijrah!