Friday, November 30, 2012

Fardu Wuduk

Jumaat, November 30, 2012, 8.30 PM




Fardu Wuduk ada enam perkara :

1. Niat

2. Membasuh muka

3.Membasuh kedua-dua belah tangan hingga ke Siku

4. Menyapu sedikit air dibahagian kepala

5. Membasuh kaki hingga dua buku lali

6. Tertib


Monday, November 26, 2012

Dosa-Dosa Besar


Senarai Dosa-Dosa Besar

1. Menyekutukan Allah s.w.t. dengan mana-mana makhluk (Syirik)
2. Membunuh manusia tanpa sebab
3. Melakukan perbuatan Sihir atau mempelajari ilmu sihir
4. Meninggalkan solat fardhu
5. Tidak membayar zakat
6. Tidak berpuasa di bulan Ramadhan tanpa uzur syar’i
7. Tidak menunaikan haji walaupun mampu
8. Derhaka kepada kedua ibubapa
9. Memutuskan hubungan silaturrahim
10. Melakukan zina
11. Tidak menunaikan hak anak dan isteri
12. Membiarkan jiran kelaparan sedangkan dia kekenyangan
13. Homoseksual (hubungan sesama jantina)
14. Mengambil, memberi serta menulis harta Riba
15. Makan harta anak yatim dengan kejam
16. Sumpah dusta dengan menggunakan nama Allah dan rasulNya.
17. Melarikan diri dari medan jihad
18. Pemimpin yang menipu dan kejam terhadap rakyatnya
19. Melakukan sumpah palsu
20. Menjadi atau bersaksi palsu
21. Judi dan sebarang bentuk pertaruhan
22. Minum arak atau minuman yang memabukkan
23. Menuduh perempuan baik berzina
24. Mencuri kerana kemegahan dan kemewahan
25. Merompak
26. Melakukan kezaliman terhadap orang yang lemah
27. Menafikan hak kepada orang yang berhak
28. Mengajar orangramai tentang hukum tetapi diri tidak melakukannya
29. Mengumpul kekayaan dari sumber yang haram
30. Bunuh diri
31. Berbohong
32. Hakim yang derhaka
33. Memberi rasuah dalam masalah hukum
34. Wanita menyerupai lelaki (tomboy, penkid) dan lelaki menyerupai wanita (pondan).
35. Perkahwinan cina buta
36. Kencing tidak dibersihkan sesuci-sucinya
37. Mempelajari ilmu untuk tujuan keduniaan serta bisu dalam menyatakan kebenaran.
38. Penipu dan khianat dan riya’ (sombong)
39. Mengungkit-ungkit pemberian
40. Menyalahkan takdir
41. Mencari kesalahan orang lain (menjagaa tepi kain orang)
42. Mengadu domba (melaga-lagakan antara dua orang)
43. Membuat fitnah
44. Mengutuk orang islam
45. Mengingkari janji
46. Mempercayai dukun, bomoh, sihir dan Ahli Nujum.
47. Nusyuz (isteri derhaka kepada suami dan sebaliknya)
48. Membuat atau mengukir patung
49. Menampar pipi atau menyiksa badan ketika berdukacita
50. Berbuat buruk terhadap orang yang lemah, kanak-kanak, isteri dan binatang
51. Menganggu jiran tetangga
52. Melabuhkan pakaian untuk menyombong
53. Lelaki yang memakai sutera dan emas sebagai pakaian atau perhiasan
54. Menyembelih binatang selain kerana Allah s.w.t.
55. Mengaku bapa sendiri kepada ayah angkat
56. Menamakan anak angkat dengan berbinkan namanya.
57. Berdebat dan memusihi orang lain.
58. Menipu dalam timbangan dan perniagaan.
59. Merasa aman dari kemurkaan Allah
60. Putus asa dari rahmat Allah
61. Meninggalkan solat jumaat tanpa uzur
62. Mengubah wasiat
63. Mengintip orang Islam dan menyebarkan rahsianya
64. Mencela Nabi Muhammad S.A.W
65. Pemerintah yang tidak melaksanakan hukum Islam
66. Menolak hadis Nabi S.A.W.
67. Mengingkari ayat al-Qur’an atau menghina al-Qur’an
68. Melakukan rasuah.
69. Melanggar hukum faraid
70. Mengampu pemerintah kerana kepentingan diri
71. Berbangga dan sombong dengan anak-anak atau harta yang banyak
72. Pecah amanah
73. Tua tetapi masih berzina
74. Riak dan menunjuk-nunjuk
75. Bertenung nasib
76. Menyambut Hari Valentine
77. Dayus atau redha atau membiarkan anak dan isteri melakukan maksiat dan dosa
78. Membunuh bayi
79. Menggugurkan janin
80. Menagih dadah

Sunday, November 25, 2012

Rukun-Rukun Haji



1. Berniat Ihram Haji

2. Wukuf (berhenti) di Arafah, mulai tergelincirnya matahari (waktu Zuhur) 9 Zulhijjah sampai terbit
    fajar pada 10 Zulhijjah.
 
3. Tawaf mengilingi Kaabah sebanyak 7 kali

4. Sa'i di antara Bukit Safa dan Bukit Marwah sebanyak 7 kali.

5. Bercukur sekurang-kurangnya tiga helai rambut.

6. Tertib bagi sebahagian rukun.

Saturday, November 24, 2012

Petua Imam Syafi'e

Petua Imam Syafi'e.

- Empat perkara menguatkan badan
1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas

- Empat perkara melemahkan badan
1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam

- Empat perkara menajamkan mata
1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih

- Empat perkara merosakkan mata
1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat

- Empat perkara menajamkan fikiran
1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama

~ CARA TIDUR..


1. TIDUR PARA NABI - Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit danbumi.

2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH - Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat malam.

3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA - Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak dimakan.

4. TIDUR SYAITAN - Menelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka.

Imam Al-Tirmizi - 6 Jenis Hati

Imam al-Tirmizi membahagikan HATI kepada 6 kategori :

1.Hati yang HIDUP ialah hati yang penuh dengan IMAN.

2.Hati yang MATI ialah hati yang KUFUR kepada Allah.

3.Hati yang SIHAT ialah hati yang TAAT pada Allah.

4.Hati yang SAKIT ialah hati yang dipenuhi dengan MAKSIAT.

5.Hati yang TERJAGA ialah hati yang INGAT Allah.

6.Hati yang TERTIDUR ialah hati yang LALAI.

Senarai Orang Yang Pertama

1. Orang yang pertama menulis Bismillah : Nabi Sulaiman AS.

2. Orang yang pertama minum air zamzam : Nabi Ismail AS.

3. Orang yang pertama berkhatan : Nabi Ibrahim AS.

4. Orang yang pertama diberikan pakaian pada hari Qiamat : Nabi Ibrahim AS.

5. Orang yang pertama dipanggil oleh Allah pada hari Qiamat : Nabi Adam AS.

6. Orang yang pertama mengerjakan saie antara Safa dan Marwah : Sayyidatina Hajar (Ibu Nabi Ismail AS)

7. Orang yang pertama dibangkitkan pada hari Qiamat : Nabi Muhammad SAW

8. Orang yang pertama menjadi khalifah Islam : Abu Bakar AsSiddiq RA

9. Orang yang pertama menggunakan tarikh hijrah: Umar bin Al-Khattab RA

10. Orang yang pertama meletakkah jawatan khalifah dalam Islam: Al-Hasan bin Ali RA

11. Orang yang pertama menyusukan Nabi SAW: Thuwaibah RA

12. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan lelaki : Al-Harith bin Abi Halah RA

13. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan wanita: Sumayyah binti Khabbat RA

14. Orang yang pertama menulis hadis di dalam kitab / lembaran : Abdullah bin Amru bin Al-Ash RA

15. Orang yang pertama memanah dalam perjuangan fisabilillah : Saad bin Abi Waqqas RA

16. Orang yang pertama menjadi muazzin dan melaungkan azan: Bilal bin Rabah RA

17. Orang yang pertama bersembahyang dengan Rasulullah SAW : Ali bin Abi Talib RA

18. Orang yang pertama membuat minbar masjid Nabi SAW: Tamim Ad-dary RA

19. Orang yang pertama menghunuskan pedang dalam perjuangan fisabilillah : Az-Zubair bin Al-Awwam RA

20. Orang yang pertama menulis sirah Nabi SAW: Ibban bin Uthman bin Affan RA

21. Orang yang pertama beriman dengan Nabi SAW : Khadijah binti Khuwailid RA

22. Orang yang pertama mengasaskan usul fiqh : Imam Syafie RH

23. Orang yang pertama membina penjara dalam Islam: Ali bin Abi Tholib RA

24. Orang yang pertama menjadi raja dalam Islam : Muawiyah bin Abi Sufyan RA

25. Orang yang pertama membuat perpustakaan awam : Khalifah Harun Ar-Rasyid RH

26. Orang yang pertama mengadakan baitul mal : Umar Al-Khattab RA

27. Orang yang pertama menghafal Al-Quran selepas Rasulullah SAW: Ali bn Abi Talib RA

28. Orang yang pertama membina menara di Masjidil Haram Mekah : Khalifah Abu Ja’far Al-Mansur RH

29. Orang yang pertama digelar Al-Muqry : Mus’ab bin Umair RA

30. Orang yang pertama masuk Syurga : Nabi Muhamamad SAW

Imam Al-Ghazali - 3 Jenis Hati

Imam Al-Ghazali membahagikan hati kepada 3 bahagian :

1. Hati sihat dan bercahaya (iaitu hati orang-orang yang beriman, yang ikhlas dan penuh cinta).

2. Hati sakit (iaitu hati orang-orang yang jengkel, dongkol, dendam, prasangkaan buruk, suka marah, suka menghasut, suka menuduh).

3. Hati mati (iaitu hati orang-orang yang ingkar dan durhaka kepada ALLAH, Rasulullah, kedua orang tuanya, kepada Ulama' dan Guru2 Agama).

Friday, November 23, 2012

Mandi Wajib - Perkara-Perkara Yang Mewajibkan Mandi





1. Bersetubuh (berjimak)

Sama ada keluar mani ataupun tidak. Perlakuan ini ialah apabila bertemu dua khitan iaitu dengan memasukkan hasyafah (batasan zakar yang disunat kedalam faraj).

2. Keluar Mani

Secara sengaja ataupun tidak

3. Mati (kecuali mati syahid)

4. Haid

5. Nifas (darah yang mengiringi selepas bersalin)

6. Wiladah (bersalin)


Perkara-Perkara Yang Diharamkan Ketika Haid Dan Nifas


1. Solat (sembahyang)

2. Membaca, menyetuh dan membawa al-Quran.

3. Tawaf

4. Puasa

5. Bersetubuh.

6. Bercerai (orang haid sahaja) Tetapi talaknya jatuh.

7. Iktikaf (berhenti) di dalam masjid.

Perkara-Perkara Yang Membatalkan Wuduk



1. Keluar sesuatu benda daripada salah satu daripada dua saluran kemaluan (qubul dan dubur) sama seperti tahi,kencing mahupun tidak biasa seperti darah, batu atau sebgainya tetapi mani tidak dikira membatalkan wuduk, hanya sekadar mewajibkan mandi hadas.

2. Tidur yang tidak tetap punggungnya.Oleh itu tidur orang yang baring hukumnya batal sama ada tetap ataupun tida, tetapi tidur orang yang duduk yang tetap punggungnya tidak batal wuduknya.

3.Hilang akal dengan sebab mabuk ataupun sakit.

4. Bersentuh kulit lelaki dengan perempuan tanpa berlapik.Tidak kira sentuhan itu menimbulkan syahwat ataupun tidak.Maksudnya ialah perempuan atau lelaki ajnabi.

Menyentuh kemaluan hadapan manusia baik lelaki atau perempuan atau dirinya sendiri dengan perut tapak tangan termasuk perut anak jari maka batal wuduknya.Tetapi sekiranya tersentuh dengan belakang tapak tangan maka hukumnya tidak batal.

6. Menyentuh halkah dubur manusia dengan tidak berlapik juga membatalkan wuduk.



Masalah Bersentuhan :

i. Orang yang menyentuh dan orang yang disentuh kedua-duanya batal wuduk.

ii. Wuduk tidak terbatal menyetuh kanak-kanak perempuan kecil yang tidak bersyahwat.

iii. Batal wuduk dengan menyetuh orang perempuan tua tidak kira sama ada lelaki yang menyentuh itu lemah tenaga batin atau terpotong kemaluan.

iv. Tersentuh rambut, gigi dan juga kuku tidak membatalkan wuduk.

Maksud Murtad

Dari Segi Bahasa :

Menolak atau berpaling

Dari Segi Syarak:

Orang Islam yang meninggalkan Islam dan segala ajaran yang terkandung dalamnya. Mereka akan menghalalkan segala sesuatu yang telah diharamlkan oleh Allah

Hukum Murtad : 

Mereka boleh dikenakan hukuman bunuh jika tidak mahu bertaubat selain itu,hasil sembelihan mereka tidak halal untuk dimakan.

" Orang yang murtad bolehlah dianggap sebagai perosak agama kerana dia menunjukkan contoh yang tidak baik kepada orang lain dengan mempermainkan agama Islam yang dianutinya."

Thursday, November 22, 2012

Tanda-Tanda Seseorang Itu Menjadi Munafik





Tanda-tanda seseorang itu menjadi munafik :

1. Iman Tidak Tetap dan Tidak Teguh

Orang yang sebegini dapatlah diibaratkan seperti lalang di mana ia terlalu mudah mengikut arah tiupan angin.Orang yang tidak teguh imannya sentiasa berubah-ubah mengikut keadaan.Mereka sangat mudah terikut-ikut dan terpengaruh dengan persekitaran.

2. Tindak-Tanduk yang Sentiasa Berubah

Orang munafik bolehlah diibaratkan sebagai pelakon yang hebat.Ketika dia bersama orang yang sedang beribadat, dia akan turut sama melakukan ibadat tersebut walaupun hatinya terlalu susah menerimanya. Sebaliknya yang terjadi apabila dia tidak dilihat oleh khalayak, dia akan mengikut kata hatinya dengan tidak melakukan amal ibadat.

3. Tidak Tetap Kata

Dia sentiasa mengubah pendiriannya. Sewaktu bersama dengan orang Mukmin lainnya, dia akan memuji-muji Islam dan menyatakan ketaatannya terhadap ajaran tersebut tetapi di belakang orang Mukmin, secara senyap dia akan menghina Islam.

4. Sentiasa Mengharapkan Kebaikannya Dibalas

Jika dia melakukan sesuatu kebaikan dan berbuat jasa, dia akan mengharapkan kebaikan itu dibalas dengan balasan yang setimpal seperti wang ringgit atau pangkat

5. Jiwanya Tidak Tenteram

Dia akan sentiasa resah dan gelisah kerana terpaksa bersikap pura-pura di hadapan orang ramai dan tidak dapat melaksanakan kehendak hatinya.

6. Menjadikan Dunia Sebagai Matlamat Hidup

Mereka hanya menjadikan dunia sebagai tujuan utama dan terlalu cintakan kebendaan. Akhirat bagi orang munafi hanyalah satu mitos dan khayalan.

Wednesday, November 21, 2012

Hadis Sahih Abu Daud


Sahih Abu Daud



Al-Quran
1. Dari Utsman r.a : Nabi saw bersabda, “Sebaik-baik kamu adalah orang yang belajar Al-Quran dan mengajarkannya.” [Hadis 1452]

2. Dari Aisyah r.ha : Nabi saw bersabda, “Orang yang ahli (mahir) dalam Al-Quran akan bersama dengan para malaikat yang mulia lagi benar. Orang yang terbata-bata (merangkak-rangkak) dalam membaca Al-Quran dan dia bersusah payah mempelajarinya, untuknya pahala dua kali lipat.” [Hadis 1454]

3. Dari Uqbah bin Amir : Rasulullah saw pernah keluar menjumpai kami, sedang kami bersama ahlush shuffah. (klik – Maksud Ahlush Shuffah)

Nabi saw bersabda, “Siapakah di antara kalian yang suka pergi ke Buththan ke Aqiq, lalu kembali membawa dua ekor unta yang besar lagi gemuk, bukan dengan cara haram dan bukan dari hasil memutuskan tali silaturahmi?”

Mereka menjawab, “Kami semua suka wahai Rasulullah!” 

Nabi saw bersabda, “Seandainya seseorang di antara kalian berpagi-pagi pergi ke masjid setiap hari, lalu mempelajari dua ayat dari kitab Allah SWT (Al-Quran), maka pahalanya lebih baik dari dua ekor unta. Jika belajar tiga ayat, maka pahalanya lebih baik dari tiga ekor unta. Demikianlah, bergantung banyaknya ayat yang dipelajari.” [Hadis 1456]

4. Dari Abu Hurairah r.a : Nabi saw bersabda, “Alhamdu lillahi rabbil ‘alamiin (Al-Fatihah) adalah induk Al-Quran, induk Al-Kitab dan tujuh ayat yang dibaca berulang-ulang.” [Hadis 1457]

5. Dari Ubay bin Ka’ab r.a : Nabi saw bersabda,”Hai Abu Mundzir, ayat apakah yang paling agung dari Kitabullah menurut engkau?”. 

Ubay menjawab, “Allah dan Rasul-Nya yang lebih mengetahui.”

Nabi saw bersabda, “Hai Abu Mundzir! Ayat apakah yang paling agung dari Kitabullah menurut engkau?” 

Ubay menjawab “Allahu Laa ilaaha illa huwal hayyul qayyuum....”(Al-Baqarah [2] : 255).

Ubay berkata, ‘Lalu beliau (Nabi saw) menepuk dadaku seraya bersabda, “Hai Abu Mundzir, semoga ilmu tetap menyayangimu.”’ [Hadis 1460]

6. Dari Abu Said Al-Khudri r.a : Bahwasanya seorang lelaki (Abu Said Al-Khudri) mendengar seorang lelaki (Qatadah bin Nu’man) membaca ‘Qul Huwallaahu ahad’ (Surah Al-Ikhlas), dia mengulang-ulangnya. Ketika pagi hari, dia (Abu Said) pergi mendatangi Nabi saw, lalu menyampaikan kejadian itu kepada beliau dan seolah-olah orang itu menganggap bacaan temannya itu sedikit.

Maka Nabi saw bersabda, “Demi Dzat yang jiwaku berada di tangan-Nya, sesungguhnya surah Al-Ikhlas itu mengimbangi sepertiga Al-Quran.” [Hadis 1461]

7. Dari Uqbah bin Amir r.a : Ketika aku berjalan bersama Rasulullah saw antara Juhfahdan Abwa’ (Abwa' adalah-sebuah desa yang terletak antara Madinah dan Juhfah, kira- kira sejauh 23 mil di sebelah selatan kota Madinah-klik Juhfah untuk peta satelit), tiba-tiba kami diliputi angin dan cuaca gelap-gelita. 

Maka Rasulullah saw memohon perlindungan dengan membaca ‘Qul a’uudzubirobbil falaq’ dan ‘Qul a’uudzubirobbin naas’, dan Rasulullah saw bersabda, “Wahai Uqbah, mohonlah perlindungan kepada Allah dengan kedua surah ini. Tidak seorang pun berlindung kepada Allah dengan doa yang menyerupai keduanya”.

Kata Uqbah, ‘Aku mendengar beliau menjadi imam ketika solat bersama kami dengan membaca kedua surah itu’. [Hadis 1463]

8. Dari Abdullah bin Amr r.a : Nabi saw bersabda, “Akan diucapkan kepada ahli Al-Quran (pada hari kiamat) ‘Bacalah, dan naiklah (ke syurga) serta bacalah (Al-Quran) dengan tartil, sebagaimana kamu membacanya dengan tartil ketika di dunia. Kerana sesungguhnya kedudukanmu adalah di akhir ayat yang engkau baca’”. (HASAN SAHIH)[Hadis 1464]

9. Dari Barra’ bin Azib r.a : Nabi saw bersabda, “Hiasilah Al-Quran dengan suaramu”. [Hadis 1468]

Doa
10. Dari Nu’man bin Basyir : Nabi saw bersabda, “Doa itu ibadah. Tuhanmu telah berfirman, ‘Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Kuperkenankan bagimu.’” (Surah Al-Mukmin : 40) [Hadis 1479]

11. Dari Fadhalah bin Ubaid : Rasulullah saw pernah mendengar seorang lelaki sedang berdoa dalam solatnya, dia tidak memuliakan Allah dan tidak membaca selawat atas Nabi saw. Maka Rasulullah saw bersabda, “Orang ini tergesa-gesa.” Lalu Nabi saw memanggilnya dan dan bersabda kepadanya dan juga kepada lainnya.

(Sabda Nabi saw) : “Apabila salah seorang di antara kalian mengerjakan solat, hendaklah memulainya dengan mengagungkan Tuhannya dan menyanjung-Nya. Setelah itu bacalah selawat atas Nabi saw, kemudian berdoa setelah itu sesuai dengan doa yang dikehendakinya.” [Hadis 1481]

12. Dari Aisyah r.ha : Nabi saw menyukai kalimat doa yang jami’ (mencakup segalanya) dan meninggalkan kalimat yang selain itu.” [Hadis 1482]

13. Dari Abu Hurairah r.a : Rasulullah saw bersabda, “Janganlah seseorang dari kamu mengucapkan, ‘Allahummaghfir lii in syi’ta, Allahhummarhamnii in syita (Wahai Allah, ampunilah aku jika Engkau kehendaki. Wahai Allah, sayangilah aku jika Engkau kehendaki)’. Hendaklah berdoa dengan hati yang teguh, kerana tak seorang pun yang dapat memaksa Allah.” [Hadis 1483]

14. Dari Abu Hurairah r.a :Nabi saw bersabda, “Akan dikabulkan (doa) seseorang dari kamu selama dia tidak tergesa-gesa, iaitu berkata, ‘Aku telah berdoa, tapi belum juga dikabulkan bagiku.” [Hadis 1484]


15. Dari Malik bin Yasar As-Sakuni Al Aufi : Nabi saw bersabda, “Apabiila kalian memohon kepada Allah, mohonlah dengan perut telapak tanganmu, dan janganlah memohon kepada-Nya dengan punggung (bahagian luar) telapak tangannya.” (HASAN SAHIH) [Hadis 1486]

16. Dari Anas r.a : Bahawasanya dia pernah duduk bersama Rasulullah saw dan seorang lelaki yang sedang solat, kemudian berdoa (Terjemahannya : Wahai Allah, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu, segala puji hanya milik Engkau, tidak ada Tuhan selain Engkau. Yang Pemurah, Yang menciptakan langit dan bumi, wahai Dzat yang mempunyai keagungan dan kemuliaan, wahai Dzat yang yang hidup lagi mengurusi semua makhluk). 

Lalu Nabi saw bersabda, “Sungguh dia telah berdoa kepada Allah dengan nama-Nya yang agung, yang apabila diseru dengan nama itu, pasti Dia mengabulkannya, dan apabila diminta dengan nama itu, pasti Dia memberinya.” [Hadis 1495]

17. Dari Asma binti Abu Bakar r.a : Nabi saw bersabda, “Nama Allah yang agung terdapat dalam dua ayat, iaitu ‘Wa ilaahukum ilaahu(n) waahid. Laa ilaaha ilaa huwarrahmaanurrahim’. (Dan Tuhanmu adalah Tuhan yang Esa. Tiada Tuhan selain Dia yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang)(Surah Al-Baqarah [2] : 163).

Dan juga pada pembukaan surah Ali Imraan, ‘Alif laam miim. Allaahu laa ilaaha illaa huwal hayyul qayyum.’ (Alif laam miim. Dialah Allah, tidak ada Tuhan selain Dia yang Maha Hidup lagi Mengurus segala makhluk).” (Hasan) [Hadis 1496]

18. Dari Ibnu Abbas r.a : Ia berkata, Rasulullah saw pernah keluar dari rumah Juwairiyah. Nama Juwairiyah adalah Burrah, lalu diubahnya. Beliau saw keluar, sedang Juwairiyah masih tetap di tempat solatnya. Lalu Nabi saw kembali, namun dia masih tetap di tempat solatnya.

Setelah itu Nabi saw bersabda, “Kamu masih saja di tempat solatmu ini?” Jawabnya. “Ya.” Nabi saw bersabda, “Aku telah berkata kepada orang-orang selain kamu empat kalimat. Nabi saw mengucapkannya tiga kali.

Kalau tiga kalimat itu ditimbang dengan apa yang kamu ucapkan tadi, pasti memadainya, iaitu ‘Subhaanallaahi wabihamdih, ‘adada khalqih, wa ridhaa nafsih, wa zinata ‘arsyih, wa midaada kalimaatih.’ (Maha Suci Allah dan dengan memuji-Nya, sebanyak bilangan makhluk-Nya, kesukaan diri-Nya, timbangan arasy-Nya dan sebanyak kalimat-Nya).” [Hadis 1503] (Juga Diriwayatkan oleh Muslim)

19. Dari Aisyah r.ha : Bahawa Nabi saw setelah salam (selesai solat), Nabi saw mengucapkan ‘Allaahumma antassalaam, wa mingkassalaam, tabaarokta yaa dzal jalaali wal ikraam.’ (Wahai Allah, Engkaulah keselamatan, daripada-Mu kesejahteraan dan Maha Besar kebaikan-Mu, wahai Allah yang Mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan). Abu Daud berkata, ‘Sufyan mendengar dari Amr bin Murrah.” Kata mereka, “(Ia mendengar) lapan belas hadis.” [Hadis 1512]

20. Dari Tsauban, pelayan Nabi saw : Bahawasanya Nabi saw apabila hendak selesai dari solatnya, Beliau saw membaca istighfar tiga kali, lalu mengucapkan “Allaahumma...” Dia menyebutkan maksud hadis Aisyah r.ha (seperti hadis no.19). [Hadis 1513]

Doa Ketika Takut Kepada Sesuatu Kaum
21. Dari Abu Musa Al-Asy’ari : Nabi saw apabila takut kepada sesuatu kaum, beliau mengucapkan , ‘Allahuma innaa naj’ aluka fii nuhuurihim wa na’udzu bika min syururihim .” (Wahai Allah, sesungguhnya aku menjadikan Engkau untuk menolak mereka (bermaksud : menyerahkan sepenuh hati kepada Allah yang Maha Agung) dan kami memohon perlindungan dengan Engkau dari kejahatan mereka) [0365]

Doa Mohon Perlindungan
22. Dari Ibn Umar r.a : Di antara doa Rasullas saw adalah, ‘Allahumma inni a’udzu bika min zawaali ni’matika wa tahwiili ‘aafiyatika wa fujaa-ati naqmatika, wajami’i sukhthik.” (Wahai Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari hilangnya nikmat-Mu, pindahnya kesejahteraan-Mu, datangnya murka-Mu dengan tiba-tiba dan semua murka-Mu) [1545]

23. Dari Abu Hurairah r.a : Rasulullah saw mengucapkan Allahumma inni a’udzu bika minal arba’, min ‘ilmi(n) (l)la yanfa’, wamin qalbi(n) (l)laa yakhsya’, wa min nafsi(n) (l)laa tasyba’, wamin du’aai(n) (l)laa yusma’. (Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari empat perkara. Iaitu : (1) Dari ilmu yang tidak bermanfaat, (2) dari hati yang tidak khusyu’, (3) dari jiwa yang tidak kenyang dan (4) dari doa yang tidak dimakbulkan. [1548]

Sedekah
24. Dari Abdullah bin Umar r.a : Rasulullah saw bersabda, “Barangsiapa yang memohon perlindungan dengan nama Allah, maka lindungilah orang tersebut dan barangsiapa yang meminta dengan nama Allah, maka berilah. Barangsiapa yang mengundangmu, maka penuhilah undangannya. 

Barangsiapa yang berbuat baik kepadamu, maka balaslah kebaikan itu, dan jika kamu tidak dapat membalasnya, maka doakan orang tersebut sampai kamu merasa bahawa kamu telah membalasnya.” [1672] 

25. Dari Abu Hurairah r.a : Sesungguhnya ia berkata, ‘Wahai Rasulullah saw, apakah sedekah yang paling utama?’ Nabi saw bersabda, “Orang miskin yang berusaha keras, dan mulailah dengan bersedekah kepada keluargamu.” [1677]

26. Dari Sa’ad bin Ubadah r.a : Sesungguhnya ia telah berkata, ‘Wahai Rasulullah, sesungguhnya ibunya Sa’ad telah wafat, maka sedekah apa yang paling utama untuknya? Nabi saw bersabda, “Air.” Sa’ad berkata, ‘Maka aku membuat sumur yang aku niatkan pahalanya untuk ibuku.’ [1681]

Silaturrahim
27. Dari Anas bin Malik r.a : Rasulullah saw bersabda, “Barangsiapa yang ingin diluaskan rezekinya dan dipanjangkan umurnya, maka hendaklah ia menyambung tali silaturrahim.” [1693]

28. Dari Jubair bin Muth’im r.a : Telah sampai kepadanya hadis Nabi saw berbunyi, “Tidak akan masuk syurga orang yang memutuskan silaturrahim.” [1696]

29. Dari Abdullah bin Amr r.a : Rasulullah saw telah bersabda, “Bukanlah orang yang membalas dengan baik kebaikan orang lain yang disebut sebagai orang yang menyambung tali silaturrahim, tetapi dia adalah orang yang menyambung kembali hubungan yang terputus.” [1697] 

30. Dari Aisyah r.ha : Sesungguhnya ia telah menyebutkan jumlah orang-orang miskin, yang lain mengatakan, ‘Ia menyebutkan beberapa sedekahnya,’ kemudian Nabi saw bersabda kepadanya, “Berikanlah dan janganlah kamu menghitung-hitungnya, kalau kamu menghitung-hitungnya, (takut dan enggan mengeluarkan sedekah) sehingga Allah mempersempit rezeki-Nya kepadamu.” [1700]

Kewajipan Haji
31. Dari Ibnu ‘Abbas r.a : Al-Aqra’ bin Habis bertanya kepada Rasulullah saw, dia berkata, ‘Wahai Rasulullah, apakah haji di wajibkan setiap tahun atau hanya sekali (dalam seumur hidup)?’. Rasulullah saw menjawab, “Ya, hanya sekali dan siapa yang menambahkan, maka itu sunah.” [1721]

Ziarah Kubur
32. Dari Abu Hurairah r.a : Rasulullah saw bersabda, “Janganlah kamu menjadikan rumahmu sebagai kuburan, dan janganlah kamu menjadikan kuburan ku sebagai hari raya, dan berselawatlah kepada ku, kerana sesungguhnya selawat mu (itu) sampai kepada ku dimanapun kamu berada.” [2042]

Nikah
33. Dari Abu Hurairah r.a : Nabi saw bersabda, “Wanita dinikahi kerana empat perkara; kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya. Pilihlah kerana agamanya, maka engkau akan beruntung dan bahagia.” [2047]

34. Dari Jabir bin Abdullah r.a, ia berkata : Rasulullah saw telah berkata kepada ku, “Apakah engkau sudah bernikah?” Aku menjawab, ‘Ya, sudah.’ Kemudian Nabi saw bertanya lagi, “Dengan gadis atau dengan janda?” Aku menjawab, ‘Dengan seorang janda.’ Nabi saw berkata kembali, “Kenapa tidak dengan gadis? Sehingga engkau dapat bermesraan dengannya, dan ia dapat bermesraan dengan mu.” [2048]

35. Dari Ma’qil bin Yasar, ia berkata : Telah datang seorang lelaki kepada Nabi Muhammad saw, kemudian lelaki tersebut berkata kepada Nabi saw, ‘Saya telah bertemu dengan seorang wanita yang cantik dan bernasab baik, akan tetapi wanita tersebut tidak dapat melahirkan (mandul), apakah (boleh) saya menikahinya?’

Nabi saw menjawab, “Jangan.” Kemudian lelaki tersebut datang lagi untuk kedua kalinya, dan Nabi saw juga melarangnya. Kemudian lelaki tersebut datang lagi untuk yang ketiga kalinya, dan Nabi saw menjawab, “Nikahilah wanita yang banyak anak kerana aku akan bangga dengan banyaknya umat ku.” (Hasan Sahih) [2050]

36. Dari Ali bin Abu Thalib r.a : Rasulullah saw bersabda, “Allah SWT telah melaknat muhallil dan muhallal lahu.” [2076]

Muhallil bermaksud : Orang yang menikahi wanita yang ditalak tiga supaya suaminya yang pertama dapat menikahi kembali.

Muhallal lahu bermaksud : Orang yang mentalak isterinya dengan talak tiga dan ingin menikahinya kembali.

37. Dari Ibnu Umar r.a : Rasulullah saw telah bersabda, “Janganlah seseorang kamu meminang seorang wanita yang telah dipinang saudaranya (dipinang oleh orang lain) dan jangan pula seorang dari kamu menawar barang dagangan yang telah di tawar oleh saudara kamu, kecuali dengan izin dari peminang atau penawar yang pertama.” [2081]

38. Dari Ibnu ‘Abbas r.a : Sesungguhnya seorang wanita datang kepada Nabi saw, kemudian ia menceritakan kepada Nabi saw bahawa ayahnya telah menikahkannya (tanpa kerelaan), dan dia tidak menyukai perkahwinannya. Maka Nabi saw pun memberikan wanita tersebut hak untuk memilih. [2096]

39. Dari Ibnu Mas’ud r.a : Rasulullah saw bersabda, “Janganlah seseorang wanita melihat wanita lain, kemudian menceritakan kepada suaminya seakan-akan ia (suaminya) melihatnya (wanita tersebut).” [2150]

40. Dari Muawiyah Al-Qusyairi r.a : Aku mendatangi Rasulullah saw, aku berkata, ‘Nasihat apa yang akan engkau katakana (yang harus kami lakukan) terhadap isteri-isteri kami?’ Rasulullah saw menjawab, “Berilah mereka makan dari apa-apa yang kalian makan, dan berilah mereka pakaian dari apa yang kalian pakai. Janganlah kalian memukul mereka dan jangan pula menjelikkan (memburuk-burukkan) mereka.” [2144]

Menahan Pandangan
41. Dari Jarir r.a : Saya bertanya kepada Rasululullah saw tentang pandangan yang tidak disengaja. Kemudian Rasulullah saw menjawab, “Alihkanlah pandangan mu.” [2148]

Talak
42. Dari Abu Hurairah r.a : Rasulullah saw bersabda, “Ada tiga perkara yang apabila dilakukan dengan sungguh-sungguh dan bergurau maka akan menjadi sungguh-sungguh, iaitu : nikah, talak dan ruju’.” Hasan [2194]

Khulu’ (Permintaan Cerai Dari Isteri)
43. Dari Tsauban r.a : Rasulullah saw bersabda, “Wanita mana saja yang meminta talak kepada suaminya dengan tanpa ada alasan yang dibenarkan, maka ia terhalang dari bau syurga.” [2226]

Puasa
44. Dari Abu Hurairah r.a : Rasulullah saw bersabda, “Sebaik-baik puasa setelah bulan Ramadhan adalah puasa bulan Muharram dan sebaik-baik solat setelah solat fardhu adalah solat malam (tahajjud).” [2429]

45. Dari Abu Ayyub r.a : Nabi saw bersabda, “Barangsiapa berpuasa pada bulan Ramadhan yang kemudian diikuti dengan (puasa) enam hari penuh bulan Syawal, maka seakan-akan ia puasa satu tahun penuh.” [2433]

46. Dari Abu Hurairah r.a : Rasulullah saw bersabda, “Tidak boleh bagi isteri untuk berpuasa sedangkan suaminya sedang bersamanya kecuali mendapatkan izin darinya iaitu selain puasa Ramadhan. Tidak boleh pula memperkenankan orang lain (masuk) ke rumah suaminya ketika suaminya sedang bersamanya kecuali mendapat izin suaminya.” [2458]

Penjelasan : Sedangkan ketika suami berada dalam rumah tidak boleh membenarkan orang lain masuk kecuali izin suami, apalagi jika suaminya tiada di rumah.

Jihad
47. Dari Amir, dari Abdullah bin Amru r.a : Rasulullah saw bersabda, “Seorang muslim adalah orang yang muslim lainnya selamat dari ucapannya dan perilakunya. Orang yang berhijrah adalah orang yang meninggalkan semua larangan Allah kepadanya.” [2481]

48. Dari Imran bin Husain r.a: Rasulullah saw bersabda, “Sekelompok dari umat ku akan senantiasa berjuang membela kebenaran dan akan mengalahkan orang yang memusuhi mereka sehingga orang terakhir dari mereka nanti akan memerangi Dajjal.” [2484]

49. Dari Ummu Haram binti Milhan r.ha : Nabi saw bersabda, “Perut yang (mual sehingga) muntah pada waktu di laut (mabuk laut), baginya pahala orang syahid. Sedangkan bagi orang yang tenggelam (lemas) baginya pahala dua orang syahid.” (HASAN) [2493]

Penjelasan : Mabuk laut ketika berada di laut itu tentunya bukan berlayar untuk bermaksiat. Wallahu’alam.

50. Dari Anas bin Malik r.a : Rasulullah saw bersabda, “Perangilah orang-orang musyrik dengan harta, jiwa dan lisan kalian.” [2504]

51. Dari Zaid bin Khalid Al-Juhani r.a : Rasulullah saw bersabda, “Barangsiapa membekali pasukan di jalan Allah maka ia (dianggap) telah berperang. Barangsiapa mengurus keluarga dari orang yang berperang dengan baik maka ia (juga dianggap) telah berperang.” [2509]

Tambahan Hadis Nombor 51 : Dalam riwayat yang lain dari Abu Sa’id Al-Khudri r.a dari Nabi saw : “Maka baginya separuh dari pahala orang yang keluar (untuk berperang)." [2510]

52. Dari Abu Hurairah r.a : Rasulullah saw bersabda, “Sesuatu yang paling buruk dalam diri seseorang adalah (sifat) bakhil yang diikuti dengan rasa takut yang berlebihan.” [2511]

Binatang
53. Dari Sahal bin Hanzhaliyah r.a, ia berkata : Rasulullah saw pernah melalui seekor unta yang punggungnya bertemu dengan perutnya (kerana kelaparan atau kurus), kemudian beliau (SAW) bersabda, “Takutlah kalian kepada Allah atas binatang yang bisu ini. Kenderailah ia dengan cara yang baik dan berilah ia makan dengan cara yang baik pula.” [2548] – (Nota : Rujuk hadis 2549 – Rujukan penulis sahaja)

54. Dari Abu Hurairah r.a : Rasulullah saw bersabda, “Ketika seorang lelaki berjalan di sebuah jalan, tiba-tiba ia merasa sangat haus lalu ia terjumpa sebuah sumur dan ia pun turun menuju sumur tersebuat kemudian minum.

Setelah itu ia keluar dan pergi namun tiba-tiba seekor anjing menjulurkan lidahnya sambil menjilat-jilat tanah kerana sangat haus. Orang itu pun berkata, ‘Anjing itu pasti sangat haus sama seperti yang aku alami tadi.’

Orang itu kemudian turun lagi ke dalam sumur lalu mengisi air ke dalam sepatu, kemudian membawanya ke atas dengan cara menggigitnya. Setelah itu dia meminumkannya kepada anjing itu. Allah pun membalas kebaikan orang itu dan mengampuninya.

Para sahabat bertanya, ‘Ya Rasulullah saw, apakah kita mendapat pahala kalau kita berbuat baik kepada binatang?’

Rasulullah (SAW) menjawab, “(menyayangi) setiap makhluk yang bernyawa ada pahalanya.” [2550] 

55. Dari Jabir r.a, ia berkata : Suatu ketika ada seekor himar atau keldai yang dicap mukanya lalu di hadapan Nabi saw, beliau (SAW) bersabda, “Tidakkah aku telah sampaikan kepada kalian bahawa aku melaknat orang yang mengecap haiwan ternaknya di mukanya atau memukulnya di wajahnya.” Beliau (SAW) lalu melarang hal tersebut (mengecap dan memukul di wajah binatang). [2564]

Perjalanan
56. Dari Anas r.a : Rasulullah saw bersabda, “Hendaklah bepergian (melakukan perjalanan jauh) pada malam hari kerana bumi dilipat pada malam hari (maksudnya jarak terasa dekat).” [2571]

57. Dari Jabir r.a : Rasulullah saw bersabda, “Jangan kalian lepaskan ternak kalian ketika matahari terbenam hingga hilang kegelapan malam kerana sesungguhnya syaitan akan berbuat kerosakan ketika matahari terbenam hingga hilangnya kegelapan malam.” [2604] 

58. Dari Ka’ab bin Malik r.a, ia berkata : Jarang sekali Rasulullah saw keluar untuk perjalanan kecuali pada hari Khamis. [2605]

59. Dari Abu Hurairah r.a : Rasulullah saw bersabda, “Apabila ada tiga orang yang melakukan perjalanan, maka hendaklah salah satu dari mereka menjadi pemimpin perjalanan.” HASAN SAHIH [2609]

60. Dari Ibnu Abbas r.a : Rasulullah saw bersabda, “Teman yang paling baik adalah berjumlah empat orang, pasukan yang baik adalah empat ratus personel, dan (jumlah) tentera yang baik adalah sebanyak empat ribu tentera, dan jumlah tentera dua belas ribu orang tidak dapat dikalahkan.” [2611]

Ketaatan Kepada Pemimpin

61. Dari Abdullah r.a : Rasulullah saw bersabda, “Mendengarkan dan mentaati (perintah) adalah sebuah kewajipan seorang Muslim dalam masalah yang ia suka dan ia benci, selama ia tidak diperintahkan untuk melakukan maksiat.

Apabila dia diperintahkan untuk melakukan maksiat, maka tidak ada kewajipan untuk mendengarkan atau mentaati.” [2626]

62. Dari Salim Abu Nadhir (Ibny Ma’mar), ia berkata : Ketika hendak berangkat ke Haruriyah, Abdullah bin Abu Aufa menulis surat kepadanya yang menyatakan bahawa Rasulullah saw pada hari ketika bertemu musuh, beliau (SAW) bersabda,

“Saudara-saudara! Janganlah kalian berharap bertemu musuh dan mintalah keselamatan kepada Allah. Apabila kalian bertemu musuh maka hadapilah dengan sabar. Ketahuilah, syurga berada di bawah kilatan pedang.”

Setelah itu Rasulullah (SAW) berdiri dan mengucapkan doa, “Ya Allah, yang menurunkan Al-Quran, yang menjalankan awan, dan yang menghalau pasukan. Halaulah pasukan musuh dan berilah kami kemenangan.” [2631]

Pemimpin Terbaik Sepanjang Zaman


Beza akhlak kita dengan rasulullah adalah jauh berbeza sekali.Cerita ini bukan sekadar pengajaran tapi untuk dijadikan panduan untuk kita sekalian manusia.


Rasulullah, manusia yang sangat hebat dalam menjaga hubungannya dengan manusia lain tidak kira apa agama yang dianut oleh seseorang. Kalau kasih sayang Nabi begitu luas, apatah lagi kasih sayang Allah. Allahurabbi.



"Suatu hari Rasulullah SAW didatangi oleh seorang wanita kafir. Ketika itu baginda bersama beberapa orang sahabat. Wanita itu membawa beberapa biji buah limau sebagai hadiah untuk baginda. Cantik sungguh buahnya.Siapa yang melihat pasti terliur. Baginda menerimanya dengan senyuman gembira. Hadiah itu dimakan oleh Rasulullah SAW seulas demi seulas dengan tersenyum.



Biasanya Rasulullah SAW akan makan bersama para sahabat, namun kali ini tidak. Tidak seulas pun limau itu diberikan kepada mereka. Rasulullah SAW terus makan. Setiap kali dengan senyuman, hinggalah habis semua limau itu. Kemudian wanita itu meminta diri untuk pulang, diiringi ucapan terima kasih dari baginda. Sahabat-sahabat agak hairan dengan sikap Rasulullah SAW itu.


Lalu mereka bertanya.
Dengan tersenyum Rasulullah SAW menjelaskan "Tahukah kamu, sebenarnya buah limau itu terlalu masam semasa saya merasainya kali pertama. Kiranya kalian turut makan bersama, saya bimbang ada di antara kalian yang akan mengenyetkan mata atau memarahi wanita tersebut. Saya bimbang hatinya akan tersinggung. Sebab tu saya habiskan semuanya."


Begitulah akhlak Rasulullah SAW. Baginda tidak akan memperkecil-kecilkan pemberian seseorang biarpun benda yang tidak baik, dan dari orang bukan Islam pula. Wanita kafir itu pulang dengan hati yang kecewa. Mengapa? Sebenarnya dia bertujuan ingin mempermain-mainkan Rasulullah SAW dan para sahabat baginda dengan hadiah limau masam itu. Malangnya tidak berjaya. Rancangannya di'tewas'kan oleh akhlak mulia Rasulullah SAW.

4 Wanita Terbaik Sepanjang Zaman


"Sebaik-baik wanita di alam semesta ada empat,iaitu 
Asiah isteri Firaun,Maryam puteri Imran,
Khadijah binti Khuwailid dan Fatimah binti Muhammad."

(HR Bukhari dan Muslim)

1. Asiah isteri Firaun iaitu ibu angkat Nabi Musa AS
2. Maryam Puteri Imran iaitu ibu Nabi Isa AS           
3. Khadijah binti Khuwailid iaitu isteri Rasulullah
4. Fatimah binti Muhammad iaitu puteri kesayangan Rasulullah

Sabda Rasulluhlah SAW mafhumnya:

"Memadailah 4 wanita terbaik dan teristimewa di dunia iaitu Maryam binti Imran, Siti Khadijah Khuwailid, Fatimah binti Muhammad dan Asiah isteri Firaun." (Riwayat Tirmizi bab Thaharah).