Friday, December 21, 2012

Konsep Pahala Dan Dosa



5 hukum telah digariskan sebagai panduan : 

1. 1. Wajib
2. 2. Haram
3. 3. Sunat
4. 4. Makruh
5. 5. Harus (mubah)

A. Konsep pahala

Ganjaran baik yang di berikan oleh Allah s.w.t di hari akhirat kelak kepada mukmin yang
taat dan patuh kepada Allah s.w.t  serta melakukan amalan-amalan soleh.
Perkara atau amalan yang boleh mendatangkan pahala
1. Sentiasa melaksanakan perintah Allah s.w.t dan menjauhi larangannya
2. Memperbanyakkan melakukan ibadat-ibadat sunat selain  beristiqamah
    menunaikan ibadat yang fardhu
3. Berusaha memperbanyakkan amal kebajikan
4. Menjalin hubungan baik sesama manusia
5. Melakukan amar makruf nahi munkar

B.  Konsep dosa
- Balasan buruk yang di berikan oleh Allah s.w.t kepada hamba-nya yang tidak patuh
(ingkar) pada perintah Allah dan melanggar segala larangan-nya
- Allah menjadikan dosa adalah sebagai satu tanda keadilan-nya dan sebagai
peringatan terhadap hamba-nya di mana setiap perlakuan dosa itu akan
dipertanggung jawabkan seterusnya akan mendapat balasan sebagaimana yang
telah dijanjikan

i. Jenis-jenis dosa manusia
1. Meninggalkan apa yang disuruh dan   melakukan apa yang di larang
2. Dosa anggota dan hati
3. Dosa dalam bentuk maksiat dan bid’ah
4. Dosa yang tersebar kesannya dalam skop tempat
5. Dosa yang tersebar dalam skop masa
6. Dosa yang berkaitan dengan hak Allah dan hak manusia

ii. Kategori dosa

Dosa yang dilakukan oleh hamba terhadap tuhannya
- Dosa jenis ini biasanya dilakukan oleh manusia kerana  meninggalkan hak-hak
pencipta-nya yang meliputi segala suruhan dan larangan-nya.
- Dosa ini agak mudah dan lebih senang mendapat keampunan sekiranya
memenuhi kesempurnaan bertaubat.

Dosa yang dilakukan terhadap sesama makhluk
- Ianya berlaku apabila seseorang  itu tidak dapat menunaikan atau melanggar
hak-hak orang lain.
- Dosa ini lebih sukar dan berat untuk mendapat keampunan.

iii. Antara sifat buruk manusia yang mendorong melakukan dosa
1. Sifat ketuhanan dalam jiwa seperti riyak, suka dipuji dll
2. Sifat syaitaniyyah dalam jiwa sehingga menimbulkan sifat-sifat keji seperti hasad
dengki, suka menganiaya dll
3. Sifat kebinatangan dalam jiwa yang timbul dari hawa nafsu yang tidak terkawal
seperti sifat suka mementingkan diri, tamak dll

No comments:

Post a Comment