Wednesday, December 5, 2012

Kisah Imam Hanafi Dan Lelaki Yahudi

Wednesday, 4:17 PM, December 05, 2012



               Imam Hanafi merupakan seorang Ulama' yang dermawan dan pemurah walaupun beliau seorang yang kaya kerana memiliki kilang kain dan kilang batu jubin.
              Pada suatu hari ketika Imam Hanafi tiada di kedai kainnya kerana mengadakan majlis ilmu di masjid. Datang seorang Yahudi lalu membeli sehelai pakaian yang terdapat sedikit kerosakan,pembantu Imam Hanafi terlupa memberitahu kepada si pembeli tersebut bahawa baju itu dijual pada separuh harga lalu pembeli tersebut membayar dengan harga penuh lalu beredar dari kedai milik Imam Hanafi.
             Pada keesokkan harinya beliau datang ke kedainya lalu mendapati baju yang terdapat kerosakan itu sudah dijual lalu beliau bertanya kepada pembantunya.

"adakah baju yang terdapat kerosakan itu sudah dibeli oleh orang?" tanya Imam Hanfi

"sudah" jawab pembantunya ringkas

"adakah kamu sudah beritahu kepada pembelinya bahawa baju itu terdapat kerosakan?" tanya Imam Hanafi

"maaf tuan saya terlupa memberitahu kepada pembeli itu bahawa baju itu terdapat kerosakan"jawab pembantunya jujur.

"tuan, maafkan saya, tuan hukumlah saya kerana kelalaian saya ini" sambung pembantunya.

"tidak mengapa saya tahu itu bukan salah kamu.Sekarang saya mahu kamu pergi mencari pembeli tersebut lalu panggil beliau datang ke sini" jawab Imam Hanafi.

Pembantu itu pun beredar lalu pergi mencari pembeli tersebut.Tidak lama kemudian pembantu itu pun datang bersama lelaki Yahudi tersebut sambil beliau memegang baju yang terdapat kecacatan itu.

Kemudian lelaki Yahudi itu pun bertanya "Adakah kamu tidak mahu menjual baju ini kepadaku kerana aku berbangsa Yahudi?" tanya lelaki Yahudi itu dengan marah.

"Maaf tuan, sebenarnya baju itu terdapat sedikit kerosakan di bahagian dalam, Jikalau tuan masih berminat hendak baju itu saya pulangkan semula separuh daripada duit tersebut.Tetapi jikalau tuan sudah tidak berminat lagi saya tidak marah, malah saya sudi pulangkan semua duit yang tuan bayar semalam" jawab Imam Hanafi dengan penuh hormat.

"Oh, begitu.Tolong tunjukkan saya dimana kecacatan itu." ujar lelaki Yahudi tersebut.

 Lalu Imam Hanafi pun menunjukkan dimana kecacatan tersebut.Lelaki Yahudi itu pun berkata " Tuan sungguh jujur, jikalau saya beli dengan peniaga-peniaga lain sudah tentu mereka merahsiakan hal ini, Saya masih berminat pada baju ini kata lelaki Yahudi tersebut lalu Imam hanafi memulangkan separuh daripada duit pembelian lelaki Yahudi tersebut semula.

Tidak lama kemudian berkat daripada kejujuran Imam Hanafi. Lelaki Yahudi itu pun memeluk Islam.

Semoga cerita ini dijadikan teladan kepada peniaga-peniaga di luar sana agar bersikap jujur terhadap didalam perniagaan.


Terima Kasih Kerana Membaca

No comments:

Post a Comment