Dihujung dunia, Ada bencana yang mengerikan,
Ada terpedaya, Ada yang berkuasa..
Yakjuj memerintah, Makjuj membinasakannya..
Bani adam yang akan menjadi mangsanya.
Dendam, Yang lama terpendam, Dari zaman ke zaman
Tersembunyi, Di balik gunungan, Menantikan arahan
Bertujuan, Membinasakan
Bertujuan, Untuk memesongkan
Manusia dipeluk rindu
Pada dunia yang palsu, palsu, palsu
Berimanlah wahai
manusia,
Pada Tuhan yang Maha
Esa,
Jangan kamu berpaling
tadah,
Bangkit berjuang wahai
umat Muhammad,
Bersatu, Berjuang,
Kerana Allah..
Umat akhir zaman,
Bersifat bakhil,
Tiada keadilan,
hanya tinggal penindasan
Imam Mahadi pejuang kebenaran,
Menegak keadilan yang hilang ditelan masa,
Dunia yang fana dipenuhi zina,
Hanya tinggal orang yang beriman
Musuh utama umat islam,
Datang menghasut yang lemah iman,
Ad-Dajal menindas yang setia,
Hilang kebenaran dari bumi,
Turun Nabi Isa membawa kebenaran
Berjuang memburu syahid~~ Bangkitlah, Berjuang kerana Allah
Made by Aizat lukman on Wednesday, 2:02 PM, December 05, 2012
No comments:
Post a Comment