3:15 AM, Thursday, December 06, 2012
Sebaik-baik waktu
sembahyang hajat adalah pada waktu tengah malam. Ini bersesuaian dengan Sabda
Rasulullah saw apabila di soal oleh Abu Zar al-Ghiffari r.a. yang ertinya : “Solat malam yang manakah lebih afdal? Jawap
baginda : “Di waktu separuh malam atau jauh malam, tetapi sayangnya
amat sedikit yang melakukannya”. Cara Sembahyang sunat Hajat berikut di ambil dari riwayat Wuhaib
bin Ward;
1. Lafaz Niat:
Erti Niat : Sahaja aku
sembahyang sunat hajat dua rakaat kerana Allah Ta’ala.
2. Takbiratul Ihram beserta niat.
3. Membaca Al Fatihah, ayat Kursi dan Surah Al-Ikhlaas di dalam
rakaat yangpertama dan di dalam rakaat yang kedua.
4. Sesudah memberi salam, sebelum berubah tempat, sujud pula sekali
serta membaca doa di bawah kemudian pohonlah hajat anda. Insya’Allah makbul. Jika solat 12 rakaat, sujud di luar
solat ini di lakukan sesudah selesai 12 rakaat
itu. Inilah doa
yang di baca sewaktu bersujud;
Ertinya
:
Maha
Suci Tuhan yang memakai akan kemuliaan dan berfirman dengan dia. Maha Suci
Tuhan yang bersifat dengan kebesaran dan kemurahan. Maha Suci Tuhan yang
menghinggakan bilangan tiap-tiap sesuatu dengan ilmuNya. Maha Suci Tuhan yang
sayogialah bertasbih selain untukNya. Maha Suci Tuhan yang mempunyai nikmat dan
kurnia. Maha Suci Tuhan yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan. Maha suci Tuhan
yang mempunyai kekuasaan. Aku bermohon kepada Engkau dengan segala tempat
kemuliaan dari Arasymu, dengan rahmat yang setinggi-tingginya dari KitabMu,
dengan namaMu Yang Maha Agung, kesungguhanMu Yang Maha Tinggi dan
Kalimat-Kalimat yang sempurna, lagi melengkapi, yang tidak dilampaui oleh orang
yang berbuat kebajikan dan yang berbuat kejahatan. Bahawa Engkau anugerahkan
rahmat kiranya kepada Muhammad dan kepada keluarga Muhammad.
No comments:
Post a Comment