Wednesday, November 21, 2012

Sultan Muhammad Al-Fateh Penakluk Konstatinopel



Sejarah Kerajaan Usmaniah

Semasa pemerintahan Muawiyah bin Abu Sufian, orang-orang Turki membantu tentera Islam menawan Bukhara dan Samarkand. Orang-orang Turki terus memainkan peranan yang penting sehingga kepada zaman pemerintahan Bani Abbasiyah. Waktu itu, mereka sudah memegang jawatan penting dalam tentera dan politik.

Apabila berlaku perselisihan antara Khalifah Abbasiyah di Baghdad dengan Khalifah Fatimiyah di Mesir, terbentuk kerajaan Saljuk, tetapi akhirnya kerajaan Saljuk dikalahkan oleh tentera Monggol di bawah pemerintahan Gengis Khan.

Sejarah kerajaan Usmaniah bermula pada abad ke 13 apabila Ertoghul memimpin satu kabilah Turki melarikan diri daripada tentera Monggol hingga ke Anatolia. Ertoghul telah membantu Sultan Saljuk mengalahkan tentera Romawi. Sebagai membalas budi Ertoghul, Sultan Alaudin memberikan sebuah wilayah di sebelah barat Anatolia kepadanya. Pada 1288, Ertoghul mangkat dan digantikan oleh puteranya bernama Usman. Daripada nama ini wujudnya Dinasti Usmaniah. Baginda telah meluaskan lagi kawasan pemerintahannya dengan menawan kawasan-kawasan berhampiran.

Pada 1300, Dinasti Saljuk dijatuhkan oleh Monggol sekali lagi dan Sultan Alaudin mangkat menyebabkan tanah jajahannya berpecah belah. Sultan Usman berusaha menyatukan semula wilayah-wilayah Turki.

Pada 1326, Sultan Usman mangkat lalu digantikan oleh puteranya Sultan Orhan Ghazi. Baginda berjaya memperkasakan kerajaan Usmaniah. Apabila baginda mangkat pula, kerajaan Usmaniah diperintah oleh Sultan Murad (1359-1389). Pusat pemerintahan kemudian dipindahkan ke Edirne.

Selepas baginda mangkat, tempatnya diganti oleh Sultan Beyazid (1393-1403). Baginda meluaskan pemerintahan sehingga menawan Bulgaria, Perancis dan Jerman pada tahun 1393. Selepas itu bermulalah usaha bagi menawan Konstantinopel. Kota ini menjadi kebanggan kerajaan Rom kerana kedudukanya yang strategik antara Eropah dan Asia. Kerana itu Napoleon Bonarpate pernah berkata;

"Sekiranya aku menguasai Konstantinopel, maka mudahlah aku menguasai dunia"

Kerajaan Byzantium ini sering mengancam perkembangan Islam, Nabi Muhammad SAW pernah mengutuskan surat kepada Maharaja Rom tetapi surat itu dikoyakkannya sehingga baginda Nabi berdoa, kerajaan Rom akan dikoyak-koyakkan oleh tentera Islam.

Nabi Muhammad SAW pernah bersabda,

"Kota Konstantinopel akan jatuh ke tangan Islam, pemimpin yang menakluknya adalah sebaik-baik pemimpin, dan pasukan tenteranya adalah sebaik-baik tentera." (H.R Ahmad Bin Hanbal Al-Musnad 4/335)

Kerana hadis ini jugalah, usaha menakluk Kontantinopel dimulakan oleh Saidina Ali pada tahun 34 Hijrah. Muawiyah bin Abu Sufian pada tahun 84 Hijrah, Sultan Sulaiman pada tahun 91 Hijrah, Khalifah Harun al-Rasyid pada tahun 165 Hijrah. Sultan Beyazid pada tahun 1391, 1397, dan 1400 tetapi semuanya menemui kegagalan.

Akhirnya pada 29hb Mei 1435 Masihi, barulah kota Konstatinopel berjaya ditawan oleh Sultan Muhammad al-Fateh.

Sebelum itu, Sultan Beyazid telah kalah dalam peperangan bersama Mongol dan mangkat dalam tahanan setelah tujuh tahun dikurung dalam tahanan. Sultan Beyazid digantikan oleh anaknya Sultan Sulaiman (1403-1411). Sultan Musa (1411-1413) dan Sultan Mehmed Halabi (1413-1421). Dan seterusnya digantikan oleh Sultan Murad II, ayahanda Sultan Muhammad Al-Fateh.

Demikian sedikit pengenalan mengenai kerajaan Usmaniah dan sejarah percubaan penaklukan oleh orang Islam yang kesemuanya menemui kegagalan sehinggalah penaklukan dilakukan oleh Sultan Muhammad. Setelah lebih 800 tahun hadis nabi itu diucapkan oleh Rasulullah SAW, barulah ia menjadi kenyataan. Bagaimana ia menjadi kenyataan? Pastinya bukan usaha yang sedikit diperlukan dan pastinya juga, Sultan Muhammad mempunyai kelebihannya yang tersendiri.


Pengenalan

Sultan Muhammad Al-Fateh dilahirkan pada 27 Rejab 835 Hijrah bersamaan 29 Mac 1432 M dan mangkat pada 3 Mei 1481. Ketika berumur 19 tahun, beliau menaiki takhta menggantikan ayahandanya Sultan Murad. Baginda menjadikan Adrianopel (Adana) sebagai pusat pemerintahan dan ibu kotanya bagi memudahkan cita-citanya menawan Konstantinopel. Ketika baginda berusia 21 tahun, baginda berjaya menakluk Konstantinopel pada tanggal 29 Mei 1453 bersamaan 20 Jamadil Awal 857 Hijrah.

Kota Konstantinopel yang kini dinamakan Istanbul (Islam keseluruhannya), terletak di sempadan antara benua Eropah dan Asia. Ia dihubungkan oleh Selat Bosphorus. Sebelum itu, Kota Konstantinopel pernah cuba ditakluk oleh bangsa Gothik, Parsi, Bulgaria, dan Rusia tetapi tidak berjaya. Umat Islam juga berusaha menawan kota tersebut kerana percaya dengan Hadis Rasulullah SAW yang mengatakan Konstantinopel akan ditawan oleh orang Islam.

Jihad Ke Jalan Allah.

Sebelum ini saya sekadar mendengar daripada sahabat dan taulan mengenai kisah penakluk hebat ini. Saya juga pernah membaca sipi-sipi mengenai baginda Sultan Muhammad Al-Fateh, namun, akhirnya, dengan selesainya saya membaca buku ini, Alhamdulillah, saya lebih jelas dan seolah-olah dapat membayangkan peristiwa yang diceritakan dalam buku ini satu persatu. Cara buku ini diolah seperti novel membuatkan kita lebih tertarik untuk mengetahui kisah seterusnya tanpa ada fakta yang tertinggal. Sekalung tahniah kepada penulis yakni Abdul Latip Talib. Semoga lebih ramai penulis-penulis berbakat seperti beliau dapat dilahirkan dalam kalangan muslim khususnya di Malaysia.

Melalui pembacaan saya kali ini, apa yang paling saya kagumi mengenai Sultan Muhammad Al-Fateh adalah kejayaan baginda menakluk Konstantinopel pada usia yang sangat muda iaitu ketika berusia 21 tahun. Baginda telah di lantik menjadi sultan menggantikan ayahandanya Sultan Murad yang mangkat ketika baginda berusia 19 tahun. Sebelum itu, ketika berusia 16 tahun, baginda pernah menjadi pemangku sultan, semasa ketiadaan ayahandanya di dalam wilayah.

Baginda Sultan Muhammad di latih dan di didik dengan ilmu agama dan ilmu ketenteraan sejak kecil. Ketika berusia 5 tahun, hari pertama belajar membaca A-Fatihah, baginda mampu meghafalnya dalam masa sehari sahaja. Kehebatan dan sifat-sifatnya yang terpuji terpamer sejak kecil lagi. Tambahan pula, ayahandanya Sultan Murad, benar-benar mahu menakluki Konstantinopel seperti dalam hadis nabi. Beberapa kali mencuba namun gagal, sehinggalah suatu hari, seorang ulamak memaklumkan firasatnya kepada Sultan Murad..

"Bukan Tuanku yang akan menakluk Konstatinopel, tapi anakanda Tuanku yang di dalam buaian itu yang akan melakukannya"

Berbekalkan keyakinan itu, baginda bersungguh-sungguh melatih dan mendidik puteranya agar kelak menjadi pemimpin kepada tentera yang baik dan rakyat yang baik. Disamping dibekalkan dengan ilmu kepahlawanan, baginda Sultan Muhammad juga mendapat bimbingan agama dan sering didampingi oleh seorang ulamak yang masyhur, iaitu Syeikh Syamsudin al-Wali.

Maharaja Konstantinople tidak pernah mahu berdamai dengan kerajaan Sultan Muhammad. Mereka sentiasa mencari peluang untuk menyerang dan memporak perandakan kerajaan Islam yang berjiran dengannya itu. Sesungguhnya peperangan tidak lagi dapat dielakkan.

Bertahun lamanya Sultan Muhammad memikirkan strategi yang untuk menakluk Konstatinopel. Strategi berperang Nabi Muhammad Saw dijadikan sebagai panduan. Contohnya, setiap perkara dibincangkan melalui mesyuarat dan sesiapa saja berhak mengeluarkan pendapat dan pandangan. Sebagai persediaan penaklukan, Sultan Muhammad memastikan rakyatnya adalah rakyat yang baik, yang kaya kasihani yang miskin, yang miskin hidup terbela, arak, judi, riba dihapuskan. Peniaga juga dilarang sama sekali menipu dalam timbangan dan sebagainya.

Sultan Muhammad sendiri pernah menyamar untuk melihat sendiri keadaan rakyatnya, mencontohi apa yang pernah dilakukan oleh Saidina Umar. Sahabat Nabi Muhammad saw yakni khalifah yang ke dua. Askar-askar pimpinan Sultan Muhammad juga diajar ilmu agama selain daripada ilmu peperangan. Setelah dua tahun menjadi Sultan, pada usianya 21 tahun, baginda mengatur strategi untuk memulakan penaklukan.

Strategi.

Sebelum memulakan penaklukan, bagi memastikan wilayahnya selamat dari ancaman musuh, baginda bercadang untuk menggali parit, mencontohi strategi ketika zaman Rasulullah Saw ketika Perang Khandaq. Namun begitu, oleh kerana keadaan wilayah mereka yang berbatu, adalah amat sukar untuk menggali parit. Jadi, sebagai menggantikan parit, mereka membina tembok yang besar di seberang Selat Bosphorus.

Kewujudan tembok itu berjaya menggerunkan musuh, lalu Mahajara Konstantinopel mengerahkan 1000 orang askarnya bertindak pada waktu malam untuk merobohkan tembok itu. Keesokannya, setelah tentera Turki mendapati tembok mereka telah roboh, mereka agak kecewa dan marah. Namun Sultan Muhammad tetap tidak berputus asa lalu mengerahkan tenteranya untuk membina tembok itu semula. Para tentera kemudiannya menggandakan usaha untuk membina tembok itu semula.

Selain daripada tentera, rakyat juga berlapang dada bekerja sukarela. Malahan, Sultan Muhammad sendiri turut membuka serbannya dan ikut serta membina tembok bersama rakyatnya, diikuti menteri-menterinya yang lain. Mereka dibahagikan kepada tiga kumpulan, bekerja siang dan malam untuk membina tembok itu. Akhirnya, dengan izin Allah, tembok itu siap dibina dan dinamakan Rumeli Hisarri.

Selain daripada membina tembok pertahanan, tentera-tentera juga kian giat berlatih. Di waktu siang mereka berpuasa dan berlatih dan waktu malamnya pula mereka beribadat kepada Allah swt. Sebagai persediaan rapi juga, Sultan mengerahkan tenteranya dan rakyatnya memperbanyakkan lagi kapal-kapal yang besar. Kira-kira 200 buah kapal semuanya siap untuk berperang.

Sebelum memulakan penaklukan juga, pelbagai strategi telah di atur. Baginda sultan Muhammad Al-Fateh juga telah menyelamatkan seorang lelaki yang telah menjadi tawanan Maharaja Kontantinopel, namanya Urban. Urban adalah seorang yang mahir dalam membuat senjata meriam. Kerana keengganannya untuk berkerjasama dengan Maharaja Konstantinopel yang zalim, Urban dikurung di bilik tahanan di bawah tanah dan diseksa saban hari. Berita mengenai Urban sampai ke pengetahuan Sultan Muhammad, lalu baginda menyusun strategi bagi mendapatkan Urban.

Dengan perancangan yang rapi, kepakaran, kesungguhan dan petunjuk dari Allah swt, pihak Sultan Muhammad telah berjaya menggali terowong bawah tanah, sehingga menembusi bilik kurungan Urban. Melalui terowong itu, Urban dilarikan dengan selamat dan dibawa mengadap Sultan Muhammad. Dengan kehendak Allah juga, Urban telah bersetuju untuk bekerjasama dengan pihak Sultan Muhammad untuk mencipta meriam. Dengan itu, banyak meriam dicipta sebagai persediaan menakluki Konstantinopel.

Beberapa bulan sebelum memulakan usaha menakluk, Sultan Muhammad bersama pasukan tenteranya ke Pulau Magnesis untuk menjalani latihan ketenteraan selama 40 hari . Di sini jjuga mereka memperhebatkan lagi amal ibadat mereka. Seterusnya, sekembali dari tempat latihan, tentera-tentera itu dibenarkan pulang bertemu keluarga selama seminggu.

Perjuangan Jihad Bermula.

Bagi tujuan menakluk Konstantinopel, Sultan Muhammad cuma membawa 250,000 tentera bersamanya dan 80 buah kapal sedangkan mereka mempunayi 500,000 tentera dan 200 buah kapal. Tujuannya adalah kerana memilih tentera yang benar-benar baik dan disamping itu, supaya tentera yang tinggal dapat menjaga dan mempertahankan kota sepanjang ketiadaan mereka. Kapal-kapal yang tinggal juga diperlukan sekiranya mereka memerlukan bantuan ketika sedang berperang.

Sebelum berperang, tentera dibahagikan kepada 4 pasukan melalui darat dan satu pasukan menyerang melalui laut, pasukan laut diketuai oleh Panglima Zaqhanus, seorang paderi yang memeluk Islam setelah melihat sendiri kekuasaan Allah. Zaqhanus mengepalai 80 buah kapal perang. Namun, ketika pelayaran, mereka berhadapan dan terpaksa berperang dilautan. 10 buah kapal mereka tenggelam ditelan lautan.

Pasukan tentera yang dipimpin oleh Panglima Tharhan tiba lebih awal kerana mereka melalui kawasan tanah rata. Mereka mengambil kedudukan di sebelah timur kota Konstantinopel. Pasukan kedua yang tiba adalah pasukan yang dipimpin oleh Khalil Pasya diikuti pasukan ketiga yang dipimpin oleh Sulaiman Olgo. Cuma pasukan keempat yang dipimpin oleh Hamzah Pasya yang paling lambat tiba kerana mereka terpaksa melalui jalan yang berbukit-bukit.

Pada hari Khamis, 6hb April 1453, keempat-empat pasukan tentera tiba di kota Konstantinopel. Kecuali tentera yang melalui jalan laut kerena mereka tidak dapat memasuki Tanduk Emas kerana disekat dan dihalang oleh rantai besi rasaksa. Tetapi, tentera Turki tidak terus melakukan serangan, mereka bermalam dan berehat terlebih dahulu. Pada keesokannya, Jumaat 7hb April 1453, selesai solat Subuh, tentera Turki berzikir berama-ramai sehingga suara mereka bergema sampai ke kota Konstantinopel. Ketika itu barulah tentera Rom menyedari kedatangan mereka.

Sebelum menyerang, Sultan Muhammad menawarkan dua pilihan kepada Maharaja Konstantinopel, samada mahu menyerahkan kuasa secara aman ataupun berperang. Ternyata, tawaran itu membuatkan Maharaja Konstantinopel bertambah berang dan memilih untuk berperang.

Serangan Demi Serangan.

Serangan demi serangan dilakukan, namun kedua-dua pihak masih lagi tidak menunjukkan tanda-tanda mahu mengaku kalah. Tentera Turki rela syahid demi jihad dan tentera Rom pula sanggup mati demi mempertahankan Kota Konstantinopel. Kedua-dua pasukan berjuang mati-matian. Namun, pasukan tentera Turki melalui lautan pula masih tidak tiba seperti yang dirancang kerana terhalang oleh rantai besi sebesar pemeluk.

Walau pelbagai usaha telah di lakukan untuk memutuskan rantai itu, semuanya tidak berhasil. Di tembak meriam tiada sebarang kesan kerana ia di dalam lautan, di rempuh kapal juga tidak berhasil kerana rantai itu sangat kuat dan tajam, boleh mengakibatkan kapal-kapal bocor dan tenggelam. Urban turut mencipta gergasi besi untuk memotong rantai itu namun malangnya mereka tetap tidak berjaya memutuskan rantai besi itu. Pasukan laut kian terhimpit.

Sultan Muhammad benar-benar memerlukan bantuan dari pasukan laut. Pelbagai cara difikirkan namun kesemuanya menemui jalan buntu. Setelah solat sunat, baginda tertidur dan dalam tidurnya baginda bermimpi melihat kapal-kapalnya berlayar di atas daratan melintasi Semenanjung Fera lalu berlabuh di depan Kota Konstantinopel. Setelah bermesyuarat, akhirnya mereka setuju untuk menjadikan mimpi itu sebagai kenyataan.

Pada masa yang sama, Maharaja Konstantinopel pula memohon bantuan daripada Eropah namun bantuan itu dijangka tiba dalam masa seminggu, demi menantikan bantuan itu, dan dengan kehendak Allah jua adanya, Maharaja Konstantinopel mengajak tentera Turki melakukan genjatan senjata. Bagai pucuk diidam ulam mendatang, gencatan itu diterima baik oleh tentera Turki. Sepanjang masa gencatan itu, mereka berusaha keras memindahkan kapal-kapal mereka melalui kawasan berbukit Tanjung Fera hingga ke Tanduk Emas. Pokok-pokok kayu ditebang kemudian dipotong lalu dijadikan landasan bagi dilalui kapal-kapal. Kayu-kayu itu dilumur dengan lemak dan darah haiwan supaya menjadi licin.

Dengan izin Allah adanya, ribut kencang berserta hujan lebat melanda. Tentera Turki mengguna peluang itu memasang kain layar lalu meluncurlah kapal-kapal perang mereka ke atas daratan Semenanjung Fera. Kemudian, kapal-kapal itu ditarik sejauh tiga batu sehingga berlabih di Tanduk Emas. Sebuah demi sebuah, akhirnya kesemua 70 buah kapal berjaya dipindahka ke Tanduk Emas.

Selepas 44 hari kota Konstantinopel dikepung dari segenap penjuru dan selepas berpuluh-puluh kali serangan dilancarkan namun tentera Turki masih belum dapat menembusi benteng pertahanan tentera Rom.

Selasa 29 Mei 1453

Panglima Ardogan berjaya menyeru semua penduduk Konstantinopel bangun mengangkat senjata berjuang bersama tentera rom bagi mempertahankan kota mereka. Tengah malam itu, peperangan berlaku dengan begitu dasyat sekali. Ramai tentera Turki syahid. Melihat keadaan itu, ada juga yang ingin melarikan diri namun Sultan Muhammad kemudian menyeru,

"Kita datang ke mari demi syahid atau menang. Marilah mati di jalan Allah. Saya menyeru supaya jangan lari dari medan perang. Sesiapa mahu syahid marilah bersama-sama saya!"

Mendengar seruan itu, tentera yang ingin melarikan diri berpatah balik dan mendapat semangat baru. Mereka umpama banjir besar yang merobohkan semua yang menghalangnya. Peperangan berlaku dengan begitu hebat. Selepas Maharaja Konstantinopel terbunuh, ketua panglima Rom iaitu Ardogan juga tewas dan terbunuh. Melihatkan ketua mereka sudah mati, tentera Rom patah semangat mahu meneruskan peperangan lalu mereka menyerah kalah. Akhirnya kota Konstantinopel berjaya ditakluki.

30hb Mei 1455.

Suasana pagi itu sungguh syahdu. Tentera Islam melaungkan takbir dan tahmid sebagai tanda kesyukuran dan gembira kerana berjaya menawan Kota Konstantinople selepas bertempur selama 53 hari dan selepas ramai yang syahid, akhirnya kini, hadis Nabi Muhammad SAW itu menjadi kenyataan. Untuk dijadikan masjid sebagai tempat beribadat, mereka memilih gereja Aya Sophia. Setelah dibersihkan, dibuang segala patung dan tanda salib, menjelang tengah hari Aya Sophia bertukar wajah dari sebuah gereja kepada sebuah masjid. Alhamdulillah. Allahuakbar.


                                 
                                   Aya Sophia



Apabila tiba waktu solat Jumaat, mereka bersedia mengerjakan solat Jumaat. Lalu timbul pertanyaan, siapakah yang layak menjadi imam. Sultan Muhammad mencadangkan gurunya Syeikh Syamsudin al-Wali tetapi dia menolak secara baik dengan alasan dia sudah tua,

"Carilah orang yang lebih bertakwa antara kamu bagi dijadikan imam" kata Syeikh Syamsudin al-Wali. Sultan Muhammad kemudiannya keluar ke kawasan lapang di depan masjid. Kemudian baginda menyuruh semua tenteranya berdiri lalu berkata.

"Siapakah antara kalian yang pernah meninggalkan sembayang fardu lima waktu, sila duduk!"

Tiada seorang pun yang duduk menandakan kesemua tenteranya tidak pernah meninggalkan solat fardu lima waktu.

Kemudian baginda berseru lagi," Siapakah antara kalian yang pernah meninggalkan sembahyang sunat rawatib, sila duduk"

Separuh dari tenteranya duduk. Kemudian baginda bertanya lagi, "Siapakah antara kalian yang pernah meninggalkan sembahyang sunat tahajud, sila duduk!"

Semua yang berdiri, duduk kecuali seorang iaitu Sultan Muhammad Al-Fateh itu sendiri. Semenjak akil baligh, baginda tidak pernah meninggalkan sembahyang lima waktu, sembahyang sunat rawatib dan sembahyang sunat tahajud. Dan dialah yang paling layak menjadi Imam.

Sekian demikianlah sedikit sebanyak yang dapat saya kongsikan.Sekian dulu dari saya, mana yang salah harap diperbetulkan.

1 comment:

  1. Assalamu'alaikum....

    Heboh !! Calon Imam Mahdi lahir di Indonesia ?? Ciri-cirinya sesuai Hadist Nabi tentang Akhir Zaman, Seseorang yang yang TIDAK MERASA dan TIDAK BERKEINGINAN menjadi apapa pun, namun hanya ingin ke Mekah untuk berdo'a karena kezaliman tersembunyi sekelompok manusia terhadapnya bertahun-tahun, lihat link Videonya :

    https://www.youtube.com/watch?v=FcK4dzPkmts
    https://www.youtube.com/watch?v=eWR5yomciGM
    https://www.youtube.com/watch?v=Jtk5cm7BhIk
    https://www.youtube.com/watch?v=ac_COzndmhE

    Yang ini Tidak main-main atau dikarang/rekayasa, tapi TANDA ASLI dari tubuh langsung, makanya lihat videonya langsung
    Wasssalamu'alaikum...

    ReplyDelete