Tuesday, November 20, 2012

Sunat Ab'ad Dan Sunat Hai'ah

Mungkin ramai konfuse perkara sunat ab'ad dan sunat hai'ah harap ini dapat membantu anda....


Sunat Ab'ad

Sunat Ab'ad ialah perkara yang dituntut melakukan ketika mengerjakan solat.Jika tertinggal atau terlupa hendaklah diganti dengan sujud Sahwi

Sunat Hai'ah

Sunat Hai'ah ialah perkara yang dilakukan untuk menyempurnakan solat jika tertinggal atau terlupa tidak dituntut sujud sahwi


Perkara-Perkara Sunat Ab'ad dan Hai'ah

Sunat Ab'ad

heart- duduk tahiyat awal
- membaca tahiyat awal
- duduk ketika selawat nabi dalam tahiyat awal
- membaca selawat nabi ketika tahiyat awal
- membaca doa Qunut
- berdiri membaca Qunut
- Membaca selawat nabi dalam doa Qunut
- Membaca selawat kepada keluarga nabi dalam tahiyat akhir dan Qunut
- Qunut dalam solat sunat witir selepas pertengahan ramadhan

Sunat Hai'ah

- mengangkat kedua tangan ketika takbiratul ihram
- meletak tangan kanan diatas tangan kiri 
- membaca doa Iftitah
- membaca Istiazah sebelum membaca al-Fatihah
- membaca surah selepas al-Fatihah
- membaca bacaan al-Fatihah dan surah pada sembayahng yang nyaring
- membaca " 
Bacaan tambahan sunat ketika bangun dari ruku" ketika i'tidal
- mengucap aamiin selepas membaca al-Fatihah
- membaca tasbih ketika rukuk dan sujud
- takbir Intiqalat ketika rukuk, sujud, bangun dari sujud dan bangun dari tahiyat awal
- duduk istirahat selepas sujud pada rakaat pertama dan ketiga
- duduk iftirasy iaitu duduk tahiyat awal
- duduk tawarruk iaitu tahiyat akhir
- member isyarat dengan jari telunjuk semasa menyebut "Illa Allah" ketika membaca tahiyat
- memberi salam kedua

1 comment: