Wednesday, November 21, 2012

Adab Dan Sifat Berdoa

Adab dan Sifat Berdoa



1. Keadaan bersih diri sebaik-baiknya berwuduk, bersih dan pakaian dan tempat serta menutup aurat

2. Dalam keadaan khusyuk dan merendah diri kepada Allah dan menghadap kearah kiblat

3. Merendahkan suara dan tidak mengganggu orang lain

4. Jangan menggunakan lafaz doa yang bersajak

5. Yakin bahawa doa yang dipohon itu akan diperkenankan Allah SWT

6. Mengulang-ulangkan ungkapan doa yang penting di tempat-tempat tertentu

7. Memulakanya dengan memuji Allah dan selawat (keatas Nabi SAW) dan juga mengakhirinya  dengan pujian terhadap Allah 

8. Beristighfar (bertaubat) sebelum berdoa

9. Hendaklah memahami isi dan maksud doa yang dilafazkan

10. Doa itu bukan bertujuan untuk melakukan dosa, atau memutuskan silaturahim dan jangan memohon segera dimakbulkan doa tersebut.

11. Memulai doa dengan memohon keampunan untuk dosa diri sendiri yang dilakukan, kemudia untuk saudara-mara yang beriman

12. Hendaklah dengan penuh perasaan pengharapan dan jangan cuba mengatakan : "Ya Allah,ampunkalah daku jika Engkau mahu, rahmatilah sekiranya Engkau inginkan."

13. Mengakat (menadah) kedua-dua tangan sehingga ke paras bahu seperti yang dibuat oleh Nabi SAW.

14. Menadah tapak tangan mengarah ke langit dan sekiranya meminta perlindungan,tapak tangan menghala kebawah 

15. Berdoa dengan suara perlahan.

No comments:

Post a Comment