Thursday, November 22, 2012

Tanda-Tanda Seseorang Itu Menjadi Munafik





Tanda-tanda seseorang itu menjadi munafik :

1. Iman Tidak Tetap dan Tidak Teguh

Orang yang sebegini dapatlah diibaratkan seperti lalang di mana ia terlalu mudah mengikut arah tiupan angin.Orang yang tidak teguh imannya sentiasa berubah-ubah mengikut keadaan.Mereka sangat mudah terikut-ikut dan terpengaruh dengan persekitaran.

2. Tindak-Tanduk yang Sentiasa Berubah

Orang munafik bolehlah diibaratkan sebagai pelakon yang hebat.Ketika dia bersama orang yang sedang beribadat, dia akan turut sama melakukan ibadat tersebut walaupun hatinya terlalu susah menerimanya. Sebaliknya yang terjadi apabila dia tidak dilihat oleh khalayak, dia akan mengikut kata hatinya dengan tidak melakukan amal ibadat.

3. Tidak Tetap Kata

Dia sentiasa mengubah pendiriannya. Sewaktu bersama dengan orang Mukmin lainnya, dia akan memuji-muji Islam dan menyatakan ketaatannya terhadap ajaran tersebut tetapi di belakang orang Mukmin, secara senyap dia akan menghina Islam.

4. Sentiasa Mengharapkan Kebaikannya Dibalas

Jika dia melakukan sesuatu kebaikan dan berbuat jasa, dia akan mengharapkan kebaikan itu dibalas dengan balasan yang setimpal seperti wang ringgit atau pangkat

5. Jiwanya Tidak Tenteram

Dia akan sentiasa resah dan gelisah kerana terpaksa bersikap pura-pura di hadapan orang ramai dan tidak dapat melaksanakan kehendak hatinya.

6. Menjadikan Dunia Sebagai Matlamat Hidup

Mereka hanya menjadikan dunia sebagai tujuan utama dan terlalu cintakan kebendaan. Akhirat bagi orang munafi hanyalah satu mitos dan khayalan.

No comments:

Post a Comment