Wednesday, November 21, 2012

10 Sahabat Nabi Yang Di Jamin Syurga



1. Abu Bakar As Siddiq

Teman rapat Rasulullah ketika kecil,sahabat yang setia membela nabi ketika kedatangan islam.Lelaki dewasa pertama yang memeluk islam di kalangan orang Quraisy Mekah.Teman Nabi Muhammad ketika penghijrahan ke Madinah.Beliau adalah Khallifah pertama Islam

2. Umar Al Khatab

Sahabat Rasulullah yang berani membela agama islam dan Nabi Muhammad.Diberi gelaran Al-Faruq oleh Nabi Muhammad. Beliau adalah Khalifah kedua Islam

3. Uthman Affan

Sahabat Rasulullah yang mengahwini dua orang puteri Rasulullah dan diberi gelaran Zin Nurain.Beliau adalah Khalifah ketiga Islam.

4. Ali Abu Talib

Sahabat Rasulullah yang setia membela agama Islam,beliau adalah kanak-kanak pertama yang memeluk islam dan mengahwini puteri kesayangan Rasulullah iaitu Fatimah binti Muhammad. Beliau adalah Khalifah Islam yang keempat selepas Uthman Affan.

5. Talhah Ubaidillah

Beliau ialah seorang sahabat yang setia melindungi Rasulullah dan sanggup di seksa oleh penduduk Kafir Quraisy Mekah ketika mempertahankan agama islam.Beliau akhirnya dibunuh ketika perang Jamal (perang saudara)

6. Zubair Awwam

Beliau adalah seorang sahabat yang handal berperang dan setia menegakkan agama islam, beliau mempunyai seorang anak yang handal sepertinya iaitu Abdullah bin Zubair. Zubair dibunuh ketika perang Jamal (perang saudara) ketika beliau sedang sembahyang sunat di masjid.

7. Saad Abi Waqas

Beliau adalah sahabat yang handal memanah dan sangat setia di sisi Rasulullah.Beliau melindungi Rasulullah dengan gagah ketika Perang Uhud apabila Rasulullah mendapat kecederaan.

8. Said bin Zaid

Beliau adalah antara lelaki yang terawal memeluk islam dan beliau mengahwini adik Umar Al-Khatab iaitu Fatimah binti Al-Khatab.

9. Abdul Rahman Auf

Salah seorang sahabat nabi Muhammad SAW yang kaya raya di Madinah,beliau juga seorang dermawa dan taat pada perintah Allah dan Rasul, walaupun beliau seorang saudagar kaya tapi beliau juga mempertaruhkan
nyawanya mempertahankan agama Islam.

10. Abu Ubaidah Al Jarrah

Seorang panglima perang yang gagah berani,beliau adalah panglima yang dihantar untuk menakluk Parsi.
Beliau seorang yang taat pada perintah Allah dan Rasulnya serta seorang panglima yang gagah bertempur di medan perang seperti Khalid Al Walid.

No comments:

Post a Comment