Tuesday, November 20, 2012

Imam Hanafi Novel Sejarah Islam

Imam Hanafi Novel Sejarah Islam by Abdul Latif Talib

Ingin saya berkongsi sedikit sebanyak buku tentang kisah Imam Hanafi yang ditulis oleh penulis novel sejarah no.1 Malaysia ini..

Buku Imam Hanafi ini merupakan buku yang penuh dengan tauladan yang patut kita contohi...



     
Pengenalan
         Imam Hanafi atau dikenali sebagai Imam Abu Hanifah dilahirkan lebih dahulu dari imam-imam yang lain.Nama sebenarnya An-Nukman bin Thabit lahir pada tahun 80 hijrah /  699 Masihi di sebuah kampung bernama Anbar di daerah Baghdad. Mendapat gelaran Abu Hanifah kerana beliau mendapat seorang anak bernama Hanifah. Ada pula yang mengatakan beliau suka membawa dakwat ke mana sahaja dia pergi lalu digelar Hanifa bererti dakwat dalam bahasa Parsi.

Bagaimana Mazhab Hanafi Berkembang 

          Selepas beliau meninggal dunia, seramai 40 orang anak muridnya yang menjadi ulama berusaha gigih menyebarkan ajaran guru mereka. Salah seorang dari mereka adalah Abu Yusuf yang dilantik menjadi ketua hakim atau kadi semasa pemerintahan khalifah Harun ar-Rasyid. Abu Yusuf melantik para hakim atau kadi di seluruh negeri Iraq, Khurasan, Syam, Mesir, dan negeri-negeri di Afrika Utara daripada kalangan anak-anak murid Imam Abu Hanifah.

           Hingga kini mazhab Hanafi masih berkembang di Palestin, Iraq, India, Pakistan, Afghanistan, Balkan, Albania, Brazil, dan Amerika Selatan.
          Imam Abu Hanifah berkata, "Aku memberi hukum berdasarkan Al-Quran.Sekiranya tidak terdapat dalam Al-Quran aku menggunakan hadis,aku gunakan pendapat para sahabat Rasululah.Aku berpegang pendapat siapa sahaja daripada mereka dan membuang mana-mana pendapat yang bertentangan,dan aku berpegang pada pendapat yang benar sahaja.

Beliau Akhirnya meninggal dunia ketika berumur 57 tahun akibat diracun oleh seorang pemerintah yang gila kuasa..

" Beliau juga seorang yang kuat beribadat.Pada waktu siang digunakan bagi mengajar ilmu kepada anak murid serta mereka yang memerlukan bimbingannya.Pada waktu malam digunakan sepnuhnya bagi beribadat.Beliau sembahyang subuh dengan wuduk isyak selama 40 tahun" kata Imam Malik bin Anas 




Buku ini amat menarik dan sesuai dibaca oleh setiap orang termasuk dewasa dan kanak-kanak.Harganya juga murah dan berbaloi iaitu RM24.00 setebal 250 muka surat.Dapatkanlah di MPH berdekatan anda sekarang....

No comments:

Post a Comment