Friday, November 23, 2012

Perkara-Perkara Yang Membatalkan Wuduk



1. Keluar sesuatu benda daripada salah satu daripada dua saluran kemaluan (qubul dan dubur) sama seperti tahi,kencing mahupun tidak biasa seperti darah, batu atau sebgainya tetapi mani tidak dikira membatalkan wuduk, hanya sekadar mewajibkan mandi hadas.

2. Tidur yang tidak tetap punggungnya.Oleh itu tidur orang yang baring hukumnya batal sama ada tetap ataupun tida, tetapi tidur orang yang duduk yang tetap punggungnya tidak batal wuduknya.

3.Hilang akal dengan sebab mabuk ataupun sakit.

4. Bersentuh kulit lelaki dengan perempuan tanpa berlapik.Tidak kira sentuhan itu menimbulkan syahwat ataupun tidak.Maksudnya ialah perempuan atau lelaki ajnabi.

Menyentuh kemaluan hadapan manusia baik lelaki atau perempuan atau dirinya sendiri dengan perut tapak tangan termasuk perut anak jari maka batal wuduknya.Tetapi sekiranya tersentuh dengan belakang tapak tangan maka hukumnya tidak batal.

6. Menyentuh halkah dubur manusia dengan tidak berlapik juga membatalkan wuduk.



Masalah Bersentuhan :

i. Orang yang menyentuh dan orang yang disentuh kedua-duanya batal wuduk.

ii. Wuduk tidak terbatal menyetuh kanak-kanak perempuan kecil yang tidak bersyahwat.

iii. Batal wuduk dengan menyetuh orang perempuan tua tidak kira sama ada lelaki yang menyentuh itu lemah tenaga batin atau terpotong kemaluan.

iv. Tersentuh rambut, gigi dan juga kuku tidak membatalkan wuduk.

No comments:

Post a Comment