Wednesday, November 21, 2012

Perkara-Perkara Sam'iyyat



- Kubur (Alam Barzakh)

Satu alam yang menempatkan orang yang telah mati.Orang yang beriman dan beramal soleh akan mendapat balasan nikmat kubur, manakala mereka yang kufur akan dibalas dengan azab kubur.



- Tempat berhimpun (Padang Mahsyar)

Tempat berhimpin seluruh manusia dan jin selepas dibangkitkan dari kubur.Orang yang beriman dan beramal soleh dibangkitkan dalam keadaan baik dan akan mendapat kebahagian daripada Allah.Bagi orang yang kufur akan dibangkitkan dalam keadaan menderita dan mendapat kesengsaraan mengikut perbuatan yang dilakukan.

Firman Allah Taala yang bermaksud: (Ingatkanlah) Masa Allah menghimpunkan kamu pada hari perhimpunan (untuk menerima balasan), itulah hari masing-masing nampak kerugiannya.. Surah At-Taghobun:9

- Pahala

Pahala ialah ganjaran bagi orang yang melakukan perkara-perkara yang diperintahkan oleh syarak dan meninggalkan perkara-perkara yang dilarang oleh syarak.

Firman Allah Taala yang bermaksud: "Maka sesiapa yang berbuat kebajikan seberat zarah nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya) Surah Al-Zalzalah :7


- Dosa

Dosa ialah balasan bagi orang yang melakukan perkara-perkara yang dilarang oleh syarak dan meninggalkan perkara-perkara yang diperintahkan oleh syarak.

 Firman Allah Taala yang bermaksud: " Maka sesiapa yang berbuat kejahatan seberat zarah,nescaya akan dilihatnya ( dalam surat amalnya ) Surah Al-Zalzalah :8




- Syurga

Syurga ialah tempat nikmat yang abadi,disediakan untuk mereka yang beriman dan beramal soleh.

Firman Allah Taala yang bermaksud :
Balasan mereka disisi Tuhannya ialah syurga Adnin ( tempat tinggal yang tetap),yang mengalir dibawahnya beberapa sungai. Kekallah mereka didaamnya selama-lamanya...
Surah Al-Baiyinah :8

Nama-nama Syurga :

1. Firdaus           5. Darussalam
2. Adnin             6. Ma'wa
3. Khuldi            7. Darul Jalal
4. Na'im             8. Al-Maqam wal Qirar

-Neraka

Neraka ialah tempat azab yang abadi.Di sediakan untuk mereka yang kufur dan menderhaka kepada Allah.

Firman Allah Taala yang bermaksud :
Sesungguhnya orang-orang yang kafir dari ahli kitab dan orang-orang musyrikin itu akan ditempatkan didalam neraka Jahannam, kekallah mereka didalamnya. Mereka itulah sejahat-jahat makhluk.
Surah Al-Baiyinah :6
Nama-nama Neraka :

1. Jahannam        5. Saqar
2. Lazho              6. Jahim
3. Khutomah        7. Hawiah
4. Sa'ir

Malaikat

Makhluk Allah yang dijadikan daripada cahaya dan terpelihara daripada maksiat. Mereka bukan lelaki dan bukan perempuan,tidak beribu dan tidak beranak. Mereka tidak tidur,makan atau minum. Mereka dapat menyerupai dengan rupa-rupa yang mereka kehendaki dengan izin Allah.


Bilangan Malaikat yang wajib diketahui ada sepuluh.


1.  Jibril - Menyampaikan wahyu            
2.  Mikail - Membawa rezeki                  
3.  Israfil - Meniup sangkakala             
4.  Izrail - Mengambil nyawa                
5.  Munkar - Menyoal mayat dalam kubur
6.  Nakir - Menyoal mayat dalam kubur
7.  Riduwan - Menjaga syurga
8.  Malik - Menjaga neraka   
9.  Atid - Menulis amal kebajikan
10. Raqib - Menulis amal kejahatan      

- Jin

Makhluk Allah yang dijadikan daripada api. Ada yang beriman dan ada yang kufur. Boleh menyerupai manusia, haiwan dan sebagainya.


Firman Allah Taala yang bermaksud :
Dan Ia telah menciptakan jin dari lidah api yang menjulang-julang.
Surah Ar-Rahman :15

                                      
                                                           Gambar Hiasan

- Mizan

Timbangan untuk menimbang amalan manusia atau jin yang mereka lakukan didunia. Orang yang berat timbangan kabaikkannya,Allah masukkan kedalam syurga. Manakala orang yang ringan timbangan kebaikkannya Allah masukkan kedalam neraka.

Firman Allah Taala yang bermaksud:
Setelah berlaku demikian,maka (manusia akan diberikan tempatnya menurut amal masing-masing).Adapun orang yang berat timbangan amal baiknya,maka ia berada dalam kehidupan yang senang lenang.Sebaliknya orang yang ringan timbangan amal baiknya,maka tempat kembalinya ialah Hawiah.
Surah Al-Qariah :6-9

- Sirat

Tempat laluan manusia dan jin untuk sampai ke syurga atau neraka.Mereka yang banyak amal kebaikkanya akan mudah melalui sirat dan terus masuk ke syurga. Manakala mereka yang banyak perbuatan jahatnya akan melalui dengan sengsara dan terus masuk ke neraka.

Firman Allah Taala yang bermaksud:
Dan tiada seorang pun diantara kamu melainkan akan sampai kepadanya,(yang demikian) adalah satu perkara yang mesti berlaku yang telah ditetapkan oleh tuhanmu.
Surah Maryam :71


2 comments:

  1. hey what is meaning of Perkara Sammyiat

    ReplyDelete
  2. Perkara yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar kita,ianya didengar dari Nabi sama ada dari al Hadis atau AL Quran

    ReplyDelete