Sunday, January 20, 2013

Hatiku Sungguh Sedih Melihat Zina....

      3:33 AM, Sunday, January 19, 2013


       Hatiku berasa sungguh sedih ketika berfikir keadaan di Malaysia pada hari ini...Mengapa? kerana Islam di Malaysia sudah berubah... Dahulu apabila seseorang itu bercinta kita susah hendak melihat mereka duduk sambil berpegang tangan membelai mesra pasangan kekasih... Tetapi sekrang Couple sudah menjadi trend di Malaysia walaupun dikalangan pelajar-pelajar sekolah rendah...

       Tidakkah kita sebagai kaum Muslimin tidak mengetahui bahawa Couple itu haram disisi Islam?? Couple itu adalah budaya Negara barat yang bukan Islam dan adakah kita perlu mencontohi mereka?? Sedangkan Rasulullah SAW tidak pernah bercouple apatah lagi memegang tangan seseorang bukan mahramnya.

       Couple itu boleh menyebabkan ZINA sedangkan ketika BERCOUPLE juga mereka telah melakukan zina iaitu melalui :

1. Mata - Memandang Pasangan dengan penuh perasaan cinta tanpa berasa malu atau takut terhadap Allah SWT.

2. Tangan - Menyentuh tangan pasangan dengan kasih sayang walaupun kita sedar perkara itu haram.

3. Hati - Berasa seronok bersama pasangan yang boleh menyebab kan nafsu syahwat bergelora.

        Adakah tidak bercouple itu boleh menyebabkan kita mati??Adakah tiada kekasih menyayangi kita akan berasa sepi? Sedangkan Allah sangat sayangkan kita apabila kita sepi cubalah mengingati Allah pasti membuatkan hati kita tenang tanpa bercouple..

        Tidakkah anda sedar? Berapa ramai pasangan bercouple telah melakukan zina?Mereka takut kehilangan kekasih lalu sanggup menyerahkan mahkota dirinya agar lebih disayangi... Astafirullah..Insaflah wahai kaum muslimin Zina itu tergolong dalam salah satu dosa besar yang sukar mendapat keampunan.

Sudah cukup memadailah jikalau kita menyayangi Allah dan RasulNya kerana mereka lebih menyayangi kita dari kekasih hati yang boleh menyebabkan kemurkaan Allah SWT.

Sekian sahaja pada kali ini, Terima Kasih kerana sudi membaca kerana Allah SWT. Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh....

No comments:

Post a Comment