Friday, January 25, 2013

Berakhlak Mulialah Wahai Manusia..

       



        Assalamualaikum... Mengapa disini saya menegaskan bahawa seseorang itu harus berakhlak mulia?Kerana sekarang sudah pupus adab hormat-menghormati antara satu sama lain, adab bergaul, adab dengan guru dan begitu juga dengan adab lain-lain. Akhlak mulia bukan sahaja sifat para nabi-nabi dan rasul tetapi juga sifat para sahabat Rasulullah SAW.

        Berakhlak mulia adalah salah satu sifat yang terpuji yang patut kita amalkan setiap masa.Bersifat berakhlak mulia juga banyak manfaatnya selain mendapat keredhaan Allah dan Rasul, ia juga membuat kita lebih sayang kepada diri kita sendiri dan akan memupuk sifat taat pada perintah Allah.

        Kelebihan berakhlak mulia :

        1. Disayangi Masyarakat
        2. Dihormati rakan-rakan
        3. Diteladani orang ramai
        4. Disayangi Ibubapa
        5. Menjadi teladan yang baik terhadap adik-adik dan lain-lain.

       Beraklah mulia juga akan membuatkan kita bersifat tawaduk dan merendah diri kepada Yang Maha Esa.Cuba anda perhatikan sekeliling anda, adakah orang yang disekeliling anda berakhlak mulia dan menjaga adab mereka? Kebanyakkannya tidak, mereka lebih suka menengking semula apabila ditegur, mereka hanya mahukan SATU perkara sahaja iaitu KEBEBASAN.

      Kebebasan itulah yang akan membuat seseorang itu tenggelam ke lembah MAKSIAT dan boleh merosakkan akidah seseorang muslim itu. IbuBapa yang bertanggungjawab mendidik mereka sejak kecil tetapi kebanyakkan mereka lebih memanjakan mereka agar kanak-kanak lebih sayang pada mereka. Itu adalah cara yang salah dalam mendidik seseorang mempunyai Akhlak yang mulia kerana itu akan menyebabkan mereka lebih ingin kebebasan,

Cara yang betul bagi mendidik seseorang berakhlak mulia adalah dengan cara berikut :

1. Dekatkan diri mereka dengan pengetahuan agama
2. Ingatkan mereka tentang betapa besarnya azab Allah SWT
3. Didik mereka mencontohi Rasulullah SAW dan Para Sahabat.
4. Mengajar mereka melakukan kebaikkan
5. Mendidik mereka agar bijak memilih kawan.
6. Beritahu mereka perkara yang dimurkai dan diredhai Allah
7. Didik mereka melalui landasan Islam yang sebenar

InsyaAllah kita dapat membentuk generasi islam yang gilang gemilang seperti di zaman Rasulullah dan Para Sahabat...

Sekian sahaja pada kali ini. Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..

8:46 AM, Friday, January 25, 2013

No comments:

Post a Comment