Friday, January 25, 2013

Adakah Berzina Tradisi Zaman Sekarang?

    


       Assalammualaikum, Wahai kaum muslimin pernahkah anda terifikir bilakah ajal kita akan sampai? Pernahkah anda terfikir berkenaan nasib anda di Akhirat kelak? Renung-renungkanlah...

      Zina telah menjadi sebahagian daripada tradisi masyarakat zaman kini... Adakah mereka berfikir bahawa zina itu dosa kecil?

Malah mereka boleh pula mengatakan bahawa : "Orang zaman sekarang ni kalau bercinta setakat borak-borak,jalan-jalan tu kolotlah, orang zaman sekarang dah moden, setakat check in dalam hotel bajet tu dah jadi trend la jangan kata orang yang dewasa malah remaja juga gemar melakukannya."

      Tahukah anda Zina itu dosa besar? Astafirugllah.. apa nak jadi dengan masyarakat kita ini? terpengaruh dengan budaya barat agaknya. Nabi melarang kita berzina kerana itu salah satu dosa besar. Tetapi orang zaman sekarang agaknya dah tak takut pada azab Allah yang pedih lagi perit itu.

     Hari itu saya terbaca suatu kisah di internet, kisahnya  "Aku puas berzina dengan 20 orang perempuan walaupun aku sudah dijangkiti virus HIV,dan kini aku sebarkan virus tersebut pada mereka"

Nauzubillah!! Allah melaknat orang seperti mereka ini, Sedarlah wahai kaum muslimin kita ini umat akhir zaman, Tanda-tanda kecil semua sudah berlaku dan apakah kalian suka dengan dosa yang banyak di bahu anda?

    Renung-renungkanlah,bertaubatlah sebelum terlambat.. moga-moga kalian diampuni Allah SWT yang Maha Pengasih lagi Maha Pengampun.

3:59 PM , Friday, 25 January 2013

No comments:

Post a Comment