Wednesday, March 27, 2013

Ilmu . . .


Ilmu itu apa? Kebanyakan buku menulis maksud ilmu ialah pengetahuan. Pengetahuan yang sebenar terhadap sesuatu perkara.Ilmu (bahasa Inggeris:Knowledge) merujuk kepada kefahaman manusia terhadap sesuatu perkara, yang mana ia merupakan kefahaman yang sistematik dan diusahakan secara sedar. Pada umumnya, ilmu mempunyai potensi untuk dimanfaatkan demi kebaikan manusia.

Biasanya, ilmu adalah hasil daripada kajian terhadap sesuatu perkara. Dalam hal ini, ilmu sendiri juga boleh menjadi sasaran kajian dan menghasilkan apa yang dikenali sebagai "ilmu mengenai ilmu", yakni epistemologi.Dalam hal ini, kajian mengenai ilmu lebih dikenali sebagai sains maklumat dalam dunia kepustakawanan.

Ilmu merupakan pemahaman bermakna ataupun sesuatu yang memberikan makna kepada diri individu apabila datangnya sesuatu sumber maklumat yang dikatakan berkaitan dengan sesuatu kajian ataupun memerlukan kefahaman.Ilmu adalah berbeza dengan maklumat iaitu sesuatu maklumat tidak bererti atau bermakna sekiranya ia tidak dapat dijadikan makna atau mendatangkan makna kepada seseorang contohnya data-data dari komputer (binary code) tidak bermakna sekiranya tidak dirangkumkan untuk dijadikan perisian yang berguna kepada manusia dan ianya hanya akan kekal sebagai data.(dipetik daripada wikipedia)

Dalam Al-Quran,ALLAH banyak menunjukkan dan menerangkan keutamaan ilmu.Antara contohnya dalam surah Al-Mujadalah ayat 11,maksudnya:"ALLAH meninggikan darjat orang-orang yang beriman di kalangan kamu dan orang-orang yang diberikan ilmu dari kalangan kamu beberapa darjat."ALLAH juga turut berfirman dalam surah Az-Zumar ayat 9,maksudnya:'Katakanlah:adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?." Itulah ganjaran ALLAH bagi orang-orang yang berilmu.Banyak lagi ayat di dalam Al-Quran yang menerangkan keutamaan ilmu.

Maka,tuntutlah ilmu kerana ilmu merupakan satu harta yang tidak boleh dibayar. Bayarlah sejuta ringgit sekali pun,ilmu itu tetap tidak dapat dibeli.Dengan sebab ilmu,hamba menjadi raja.Dengan ilmu,seorng murid boleh menjadi seorang guru.Dengan ilmu itulah,anda boleh menjadi lebih mulia daripada raja.Ada raja yang tidak pandai bidang sains,pasti dia akan bertanya kepada rakyat,maka pada ketika itu rakyat tersebut telah menjadi guru kepada raja tersebut.Tak kiralah berapa banyak harta sekalipun yang raja tersebut ada,tetapi dia pasti akan bertanya kepada seorang miskin yang mempunyai ilmu jika raja tersebut memerlukannya.

Bagaimana hendak mendapat ilmu? Kata Imam Malik,"Ilmu itu didatangi bukan mendatangi."Maksudnya di sini ialah ilmu takkan datang selagi ia tak dicari.Kita yang perlu mencari ilmu,ilmu tidak mencari kita.Carilah dengan apa cara sekalipun.Berguru,membaca buku ataupun lain-lain.Kini,zaman yang serba moden internet juga boleh menjadi medan ilmu.

Marilah kita menuntut ilmu kerana ilmu itu merupakan harta Nabi.Seperti sabdanya,"Nabi tidak mewariskan dinar atau dirham,mereka mewariskan ilmu."Maka,sesiapa yang mendapat ilmu maka dia telah mendapat sedikit harta Nabi.Siapa yang tidak mahu harta Nabi bukan? Jadi,selamat beramal.........

No comments:

Post a Comment