Wednesday, November 21, 2012

Nasihat Imam Hanbali Untuk Di Teladani

Di bawah adalah beberapa nasihat Imam Hanbali yang bermanfaat untuk di jadikan pedoman hidup.



1. Dunia ini tempat beramal sementara akhirat tempat menerima balasan.Sesiapa yang tidak beramal di sini akan menyesal di sana.

2. Kemuliaan diertikan sebagai meninggalkan perkara-perkara yang diingini kepada perkara yang ditakuti.

3. Diam orang berilmu kerana takut dan takwa.Diam orang jahil kerana tidak berilmu.

4. Manusia yang berkehendak kepada ilmu seumpama berkehendak kepada makanan dan air.

5. Berbahagialah mereka yang menyebut nama Allah.

6. Jangan kamu mengambil ilmu dari orang yang mempelajarinya dengan tujuan keduniaan.

7. Sesiapa yang menolak hadis akan tertolak hingga ke jurang kebinasaan.Sesiapa yang mati dalam islam dan mengikut sunah Rasulullah maka matinya dalam kebaikan.

8. Bertanyalah kepada ahli hadis dan janganlah bertanya kepada ahli fikir kerana mereka (ahli hadis) tidak bercakap mengikut pendapat sendiri.

9. Sesiapa yang menghormati ahli hadis maka tinggilah kedudukan di sisi Rasulullah. Sesiapa yang menghina ulama hadis maka hinalah kedudukannya di sisi Rasulullah.

Semoga nasihat Imam Hanbali dijadikan pedoman hidup kepada hamba-hamba Allah yang dikasihi di luar sana.

No comments:

Post a Comment