Tanda-tanda seseorang itu menjadi munafik :
1.
Iman Tidak Tetap dan Tidak Teguh
Orang yang sebegini dapatlah diibaratkan
seperti lalang di mana ia terlalu mudah mengikut arah tiupan angin.Orang yang
tidak teguh imannya sentiasa berubah-ubah mengikut keadaan.Mereka sangat
mudah terikut-ikut dan
terpengaruh dengan
persekitaran.
2.
Tindak-Tanduk yang Sentiasa Berubah
Orang munafik bolehlah diibaratkan sebagai
pelakon yang hebat.Ketika dia bersama orang yang sedang beribadat, dia akan turut sama melakukan ibadat tersebut walaupun hatinya terlalu susah menerimanya. Sebaliknya yang terjadi apabila dia tidak dilihat oleh khalayak, dia akan mengikut kata hatinya dengan tidak melakukan amal ibadat.
3.
Tidak Tetap Kata
Dia sentiasa
mengubah pendiriannya. Sewaktu bersama dengan orang Mukmin lainnya, dia akan memuji-muji Islam dan menyatakan ketaatannya terhadap ajaran tersebut tetapi di belakang orang Mukmin, secara senyap dia akan menghina Islam.
4.
Sentiasa Mengharapkan Kebaikannya Dibalas
Jika dia melakukan sesuatu kebaikan dan berbuat jasa, dia akan
mengharapkan kebaikan itu dibalas dengan
balasan yang
setimpal seperti wang ringgit atau pangkat
5.
Jiwanya Tidak Tenteram
Dia akan
sentiasa resah dan gelisah kerana
terpaksa bersikap pura-pura di hadapan orang ramai dan tidak dapat melaksanakan kehendak hatinya.
6.
Menjadikan Dunia Sebagai Matlamat Hidup
Mereka hanya menjadikan
dunia sebagai tujuan utama dan terlalu cintakan kebendaan. Akhirat bagi orang munafi hanyalah satu mitos dan khayalan.